12/31/12

Apa hak FELDA untuk menghalang Kembara Oren ?


Di awal video ini menyingkap babak-babak terpilih insiden Kembara Oren Pahang dihalang masuk ke Jengka 23 pada 22 Disember 2012.

Seterusnya AlmankaraqiTV mendapatkan pandangan peguam Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang) terhadap dakwaan Pengerusi Gabungan JKKR Wilayah Jengka , Sulaiman Bakar bahawa Seksyen 34 Akta Penempatan Berkelompok (GSA) memberi kuasa kepada pengurus felda untuk menghalang kemasukan Kembara Oren.

Beliau menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan hujah-hujah perundangan, malah dijelaskan juga bahawa Seksyen tersebut tiada kaitan langsung dan tidak menyebutkan secara tersurat atau tersirat memberi kuasa kepada pengurus felda untuk berbuat sedemikian.

Turut diulas tindakan anggota Rela dan laporan polis yang dibuat terhadap Kembara Oren.



12/30/12

Siap sedia seantero malaya #kl112


kini buayan revolusi sudah bergerak kembali 

ayuh anak2 temerloh kita bangkit melawan 

kezaliman!!!!







Kita jumpa di sekitar kuala lumpur...sebab koi rasa macam tak boleh nak masuk sekitor stadium merdeka tu apatoh lagi dalam stadium



Semua calon BN bersih dari rasuah dan jenayah???? cubaan yang baik untuk mengampu

Tengku Adnan: Semua bakal calon BN PRU ke-13 bebas rasuah dan jenayah




Tengku Adnan berkata bahawa Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.

 


kepala bana kau la adnan calon bn bebas rasuah dan jenayah...kita cerita yang besar besar je la...Najib,sharizat tu apa...sebab najib tu perdana menteri jer sekarang,kalau tak dah lama kena humban dalam jail,rasuah scorpene tu binatang apa...cakap ikut sedap kepala lutut jer..

siapa yang percaya kata-kata adnan ni memang bangang la...-'maaf,kasar sikit bahasa...


PUTRAJAYA, 29 Dis — Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini. 
Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah. 
“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan persekolahan, uniform Rela, ramah mesra bersama pemimpin dan pesta jom makan durian di sini hari ini.
Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat. 
“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya. 
Mengenai muka baru dan calon wanita yang bakal bertanding dalam PRU Ke-13 nanti, Tengku Adnan berkata “itu rahsia parti”. 
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU Ke-13 untuk ditapis SPRM. 
Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu. 
Pada majlis yang sama, Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya berkata beliau dan Perbadanan Putrajaya (PPj) akan terus menggemblengkan tenaga untuk menyediakan keperluan bagi memberikan keselesaan kepada penduduk.
“Saya  juga memohon maaf kepada penduduk di sini kalau ada kesilapan-kesilapan yang terlepas pandang atau terlupa perkara-perkara yang patut saya lakukan bagi pihak mereka, tetapi tak dapat lakukan. 
“Saya juga mengingatkan mereka agar menjadi masyarakat contoh untuk Negara kerana Putrajaya merupakan sebuah bandar lestari,” katanya. — themalaysianinsider

SIAPA YANG BUAT SARINGAN ATAS CALON PRU13 NI??????
SPR=SPRM=BN=NAJIB...SAMA JER SEMUA NI..
spr,sprm ditubuhkan untuk menipu rakyat
bn,najib mengepala untuk membodohkan rakyat







bersungguhlah dengan kata-katamu.. Jangan malukan anak yatim lagi




#Yorais nak kasi presiden PAS beri penjelasan di RTM dalam isu AMANAT HADI..
Ini menarik ni. Harap-harap Rais bersungguh-sungguh dengan apa dia cakap. Kalau boleh jangan RTM je..tapi semua siaran TV yang dok hentam selama ni pun kasi siarkan sekali la..baru adil.

12/29/12

Video ucapan Ustaz Azhar Idrus telah di"dubbing" oleh pembangkang untuk meraih undi





UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM 

ISLAM



UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM ISLAM
Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid.Ini lah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak di ajar tentang Islam yang tulen.

Sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimah yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir,maka kerananya dia jatuh ke neraka jahannam
(Riwayat al-Bukhari)

Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:
Maksudnya:
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang di redhai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ketahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.Adakalanya seseorang kamu pula berucapdengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.

(Riwayat Malik dalam al-Muwatta' dan al-Tirmizi,katanya hasan sahih)
Sufyan bin 'Uyainah menyebut: " Hadith ini bermaksud kalimah dihadapan pemerintah,kalimat yang pertama(yang diredhai Allah)ialah yang menghalang kezalimannya.Kalimat yang kedua(yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"[7]
Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya.Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.










"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang 
berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api 
neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada 
sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian 
(dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan 
mendapat pertolongan."

(Surah Hud 11:113)

Amanat Hadi : 1 jam jer kalau lu berani



Hari2 paper dok main isu ni ...
bosan gile... jangan kata nak baca, nak tengok gambar para testimonial tu pun malas..
testimoni2nye entah betul entah tidak..
Aku syak yg upahan belaka .. macam tak biasa ;)

Kat TV tak tau la pulak sebab aku jarang tengok TV. Rasanya sama je.
Putar isu sama sampai lebam, selagi penonton tak jadi bodoh seperti yg diharapkan ,
selagi tu la director2 buletin utama akan putar.

Memang sedap menghentam orang bisu, sebab orang bisu tak boleh bersuara balik.. situasinya sama macam membuli orang tak berupaya..
Tapi macam mana rasanya kalau menghentam orang yang tak bisu,
seseorang yg boleh jawab balik segala tomahan.. sedap ke kalau gitu?

Itulah bezanya media massa malaysia dengan negara maju.
Kat negara maju, diberi peluang sama rata semua orang ke udara utk menjelaskan keadaan,
tapi kat malaysia cuma yang berpihak dengan kerajaan je boleh masuk TV, yang tak selari dengan kerajaan di'haram'kan terus.

Dengan situasi TG Abdul Hadi mencabar media massa memberi 1 jam peluang beliau untuk menjelaskan isu berbangkit tu, adalah tanda kematangan sesebuah negara yang matang.
Tapi aku berani kata, TV3 dan sekutunya yg takde telur tu takkan berani punya..Jangan cakap kasi 1 jam, nak kasi 1 saat gambar TG Abdul Hadi ni terlintas kat skrin tu pun diorang dah gerun.
Takut paparan yg 1 saat tu seakan mempromosi orang masuk PAS.
Kan itu bangang namanya. Itu adalah tanda orang2 yang takut pada diri sendiri.







12/28/12

Pelakon2 amatur tunjuk skil berdrama demi UMNO



UMNO KANTOI LAGI NAK MENIPUPUN BIAR LA CERDIK SIKIT...KAHKAHKAH...
SIAPA TAK KENAI SAUDARA HAFIZ NORDIN NI.....ADIK BERADIK JE DENGAN ZUL NORDIN, 2X5 JE DENGAN HASANG ALI BERAS JATI, IBRAHIM ALI KATAK, EZAM MAT NOR ZAHARIN DAN BANYAK LAGI LA GENG-GENG KATAK YANG LAIN TERMASUK USTAZ NASA, PUAK-PUAK LALANG SEMUA NI TAK ADA PERINSIP.....




PAS P.Pinang nafi terlibat demo berhampiran Komtar

Anis Nazri,         

28 Dis 2012
KUALA LUMPUR: PAS Pulau Pinang menafikan sebarang penglibatan mereka dalam demonstrasi yang diadakan berhampiran Komtar hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, berkata pihaknya tidak ada kena-mengna dengan sebarang penganjuran demonstrasi tersebut.

Malah, beliau tidak tahu menahu mengenai demonstarsi tersebut yang diadakan di Masjid Simpang 6, selepas solat Jumaat tadi.

Saya tidak tahu-menahu tentang demo ini. Tiada sebarang penganjuran daripada PAS Pulau Pinang untuk berbuat demikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Difahamkan sekumpulan pemuda mengadakan demonstrasi di Masjid Simpang 6 bagi dipercayai membantah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkaitan isu penggunaan kalimah Allah.

Selain membawa kain rentang mengecam DAP dan Guan Eng, kumpulan itu juga dilihat membawa bendera PAS.

Mengulas lanjut Saleh berkata PAS mempunyai saluran tertentu jika mempunyai perbezaan pendapat dengan mana-mana rakan di dalam Pakatan Rakyat.

"Kita ada saluran kita sendiri," katanya yang juga Adun Permatang Pasir.

Ditanya tentang kehadiran bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin pada demonstrasi tersebut, Saleh enggan mengulas lanjut, bagaimanapun berkata ramai mengenali 'siapa' Hafiz.

Justeru, beliau berharap tidak ada pihak yang sengaja mencetuskan kekeliruan di kalangan rakan Pakatan Rakyat dengan mengatakan demonstrasi tersebut adalah anjuran PAS.

Tunggu apa lagi... chivas ada tiger beer ada....jom partii !!!


Sebelum tu,aku sajikan korang dengan lagu ni..baru layan







Lihat atas. Baca betul2 oke.
Sudah baca? Sudah tengok sampai habis? Good.
Sekarang tengok link ni pulak : KOSMO ;








Dah tengok? Good. Pastikan korang hafal nama kelab yang dimiliki oleh Awie tue okey.
Penting !!!
Sebab ianya ada kaitan dengan gambar kat bawah neh pula oke 







2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!!
?????


Nak lantik orang jadi duta persekutuan seruan islam pun tengokla seseorang tue macam mana. Jangan main amek je beb. Kot ye pun nak cari orang perak juga, biarlah pilih yang betul2. Ini ada kah Awie yang dilantik jadi DUTA PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM? 


Tang mana ISLAMIKnya si Awie neh sampai mampu membantu mempromosikan keperibadian baik jika terlibat dalam perkara2 yang terbukti tidak baik? Contohnya arak, pesta bikini dan kelab malam yang menjaja tubuh badan wanita? 


Nampak tak kenapa orang cakap ko macam2? Dah ko sendiri jual arak, anjurkan benda yang merepek2... macam mana la orang tak mengutuk dan mencerca tindakan ko? Ko bawa title melayu. Umat islam pula tue. Jadi orang menyampah dan tak suka oke.


Yang aku pelik ialah di manakah badan2 yang sepatutnya memantau perkara ini? Maksud aku, owh oke, bukan islam boleh buka kelab dan jual arak. Malah mereka juga mungkin boleh anjurkan parti bikini. 



Tetapi bagaimana pula dengan seorang penganut islam? Adakah ia dibolehkan juga? Di Malaysia? Di negara yang Mahathir kata negara Islam? Jadi ini ialah perjuangan? Oke, memang suci



sumber : sini dan sini


Rebat Rm200 untuk set konda kondi berteknologi 3G (percuma stiker HELLO KITTY)



Wajah-wajah remaja yang menantikan kehadiran tahun baru tampak ceria dan bersinar, hati mereka  berdebar-debar setiap kali membayangkan rebat rm200 yang diumumkan sewaktu belajawan 2013 tempoh hari. Terpapar di fikiran mereka bentuk smartphone 3G yang pintar dan berteknologi canggih akan mereka raih tidak lama lagi.

Berbulan-bulan lamanya mereka menantikan saat indah tersebut. Segala perancangan rapi sudah dibuat, ada yg bercita-cita mahu bergaya di hadapan kawan2 sambil mengupdate status FB dari henset baru, tak kurang juga yang mahu bermain game angry birds dan cut the rope di atas telefon berteknologi android.

Namun wajah-wajah mereka bertukar muram sebaik sahaja melihat paparan skrin di laman www.skmm.gov.my/.  

Melihat syarat-syarat pembelian telefon berharga rm500 ke bawah benar-benar telah merobek hati mereka.
Ternyatalah telefon-telefon yang ditawarkan bawah subsidi kerajaan itu hanyalah lambakan telefon-telefon pintar ketinggalan zaman yang dah tak pintar lagi masa kini.

Begitulah mereka meratapi kesedihan mereka sambil mebelek-belek senarai telefon HELLO KITTY, 

Rupa-rupanya kampeni yang nak habiskan stok telefon outdated yang buat offer. Kalau nak jual memang takde sape nak beli. Baik kolaborasi dengan gomen jual guna voucher ..hihihihi

Tak apalah teman, kelak kita tunggu najib umum belanjawan lagi. Tertipu dengan bajet licik penyedap hati ni memang lumrah kehidupan kita saban tahun.

Ehh..betul ke tahun depan najib nak umumkan belanjawan lagi???
Kalau itu berlaku...mari kita clap! clap! clap! untuk diri kita sendiri..
kerana kalau najib umum belanjawan sekali lagi itu petanda kita memang bangang abadi


















12/27/12

Baca,Fahami dan Turun #KL112








Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah dianya sistem pilihanraya SPR itu?

Mari kita fahami dahulu lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya dilantik oleh Agong. Ini sebenarnya hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek. Tetapi hakikatnya yang memberi nama kepada Agung untuk mengepali SPR ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak. Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation sedang bernafas dalam lumpur. Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.

Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj - sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan ‘mengundurkan Najib’ sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM. Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah. Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin.

Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus. Dalam PRU12 yang lalu – Pakatan Rakyat telah mendapat lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan Barisan Nasional. Hari ini orang ramai melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Lihat tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan parti-parti lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya tahu bulan May tahun hadapan ialah bulan pilihan raya. Warga Iraq dan Afghanistan yang sedang berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk menafikan dapat kertas undi sekali lagi.

Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal boleh dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan datang mengundi. Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’ ini selamat SPR telah membuat peraturan bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon yang datang menyamar sebagai pengundi. Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi. Meja PACABA diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan baik. Ini bukan akidah SPR. Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

Saya juga juga belum menyentuh ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi yang lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009. Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara. Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah mereka menganggap diri mereka telah mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan bersih dan adil orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu di PRU13. Amaran ini datang dari satu juta orang ramai yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke Stadium Negara pada 12 Januari hanyalah amaran awal



sumber : Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

TAYAR ATAU PERMIT ? , Barisan Nasional atau PAKATAN RAKYAT ?



Perhimpunan Raksasa Pemandu-Pemandu Teksi
Bersama-sama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat




Mesti macai cakap DSAI umpan sportrim untuk meramaikan majlis







Itulah yang dapat admin gambarkan pada perhimpunan raksasa pemandu-pemandu teksi dengan DSAI di Pusat Dewan Sivik, Petaling Jaya baru sebentar tadi.

Dari sokongan yang diberikan, amat nyata,  majoriti pemandu teksi kota raya menyokong Pakatan rakyat dibawah kepimpinan DSAI.

Semasa DSAI melangkah  masuk kedalam dewan, semua pemandu teksi telah memberikan standing ovation sambil bertepuk tangan sebagai tanda hormat dan menyokong padu abadi kepada beliau.

Dalam ucapan yang bersemangat dan ringkas tapi padat itu, DSAI berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi mandat dan amanah mentadbir urus Putrajaya selepas PRU 13 nanti, semua permit teksi akan diserahkan kepada pemandu teksi dan bukan lagi kepada syarikat-syarikat kroni seperti sedia ada kini.

Ikrar janji itu mendapat tepukan gemuruh dari para pemandu teksi yang hadir kerana itulah yang mereka harap-harapkan selama ini dan bukannya skim TR1MA , Skim Bantuan Tukar Tayar 1M'sia 4 biji. 

DSAI BERI PERMIT...NAJIB BERI 4 BIJI TAYAR.

PAKATAN MENANG PEMANDU TEKSI SENANG 



Kalau tak faham lagi bab permit teksi ni...Boleh layan sinetron oley 2 episod 1



Bab pasal teksi  07:30




Bekas Penyanyi Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri




Siapa Bekas penyanyi ruffedge rogol anak tiri?






Papa jangan papa jahat
Jangan papa nakal sangat
Mama jangan mama sekat
Jadi papa tak terleka

Papa jangan papa jahat
Mama tahu papa ligat
Mama jangan paksa sangat

Papa tengah cukup penat


untuk bacaan lebih lanjut : http://www.nescafeais.com/penyanyi-rufedgerogol-anak-tiri/

12/25/12

Rakaman samseng Umno peluk,cium,memuji dan menunjukkan isyarat kasih sayang

LAGI tindakan ganas samseng-samseng upahan Umno apabila bertindak di luar batas menyerang dan menampar salah seorang warga emas yang turut menyertai Kembara Oren - Selamatkan FELDA 



Pelbagai aksi kurang ajar boleh kita lihat selain tidak menghormati orang tua, dengan memaki hamun dan terjerit-jerit bagaikan beruk kena belacan serta menunjukkan isyarat lucah, ada di antara mereka tergamak menolak dan menampar warga emas tersebut.




Budaya samseng yang diterapkan oleh pemimpin Umno kepada para penyokong dan samseng-samseng upahan mereka menunjukkan betapa terdesaknya United Malays No Otak, Umno untuk mempertahankan kuasa.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka kata Pakatan Rakyat membuatkan negara huru hara. Namun merekalah pencetus huru hara yang sebenar. Lihat rakaman bagaimana warga emas diserang dan ditampar oleh samseng-samseng Umno yang membawa bendera Barisan Nasional di bawah ini.




Sebarkan kepada rakan-rakan sahabat handai jiran tetangga, ayam itek lembu dan kambeng supaya mereka semua tahu bahawa parti samseng Umno akan menghuru-harakan negara ini jika mereka dibiarkan terus memerintah.

Mahasiswa dilarang berpolitik, mahasiswa berpolitik ditangkap masuk penjara. Mat rempit, kutu berahak dan samseng pula yang Umno bela untuk berpolitik maka jadilah politik kurang ajar, politik samseng, politik pukul orang, politik baling cat dan sebagainya.

:- Ajak berdebat lari lintang pukang sembunyi belakang Rosmah...






Pusat Mesin Slot Semantan Sunyi sepi



Pusat Mesin Slot di Tmn Sri Semantan dan Tmn Bukit Semantan Sunyi sepi ?
Begitulah kira-kiranya situasi terkini. Sejak seminggu lepas, berberapa siri operasi pihak berkuasa termasuk yang melibatkan polis cawangan kuantan telah membuatkan pemilik premis-premis ini berasa tak selamat dan telah menghentikan kegiatan mereka buat sementara waktu.

Desakan penduduk setempat telah membuatkan pemilik-pemilik premis ini dipercayai akan menutup dan memindahkan operasi perjudian mereka kembali ke kawasan bandar mentakab dan temerloh kerana dikatakan lebih 'selamat', begitulah kira-kiranya ulasan seorang taukeh premis judi.

Walau apa-pun, perkembangan dari masa ke semasa akan terus dipantau.

Syabas untuk penduduk Semantan, penduduk kawasan teman lain patut terus bangkit bersuara sehingga semua pengusaha2 judi ini balik semula ke sarang mereka di Genting Highland.

Mana pergi pihak yang bertanggungjawab?




















Orang ramai di sekitar kawasan Taman Bukit Semantan dan Taman Seri Semantan dekat Temerloh kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak membaik pulih jalan di simpang menuju ke Jerantut (LPT). 

Gara-gara paip pecah, jalan dikorek untuk diperbaiki, kon diletakkan sebagai makluman kepada lalu lintas. Namun anehnya, hingga kini jalan tersebut tidak dibaik pulih sepenuhnya. Ia menyebabkan masalah kepada lalu lintas, malah ada yang terlanggar kon berkenaan terutamanya pada waktu malam.
Persoalannya, kenapa jalan ini harus dibiarkan seperti ini. 

Mana pergi pihak yang bertanggungjawab?. 

Justeru, Majlis Perbandaran Temeroh (MPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa mengambil perhatian perkara ini dan melakukan tindakan segera untuk keselesaan pengguna






12/24/12

Sejahtera Darul Makmur




Kuantan,Pahang-Negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia DS najib razak


Depan celcom


Junction jln kemaman-semambu, jln tg muhammad, jln beserah



12/23/12

Akibat dilempang dengan rm15k,orang jengka jadi zombie halang kembara oren

  Tahniah buat umno kerana telah  melahirkan generasi  zombie takde otak . Memang sejak zaman-berzaman , membudayakan kebodohan adalah satu sifat terpuji bagi UMNO. 

Bukan susah, cuma lempang dengan duit RM15 K saja, maka ramailah yang hilang akal dan terjangkit jadi zombie. Maka senanglah monyet-monyet tu buat kerja makan duit billion2 lagi 20-30 tahun.

Malaysia dah nak muflis dah, tapi zombie-zombie ni mana tau implikasi negara muflis. Lagipun kalau negara muflis pun duit rm15K tu kan ada. Lagi 200 tahun guna pun tak habis duit sebanyak tu. Nasiblah orang2 bandar tahu benar permainan licik lintah-lintah tu. Orang kampung bolehlah kau zombie-zombie kan.

Saham FELDA dah jatuh menjunam bukan lagi rahsia, satu dunia tahu, orang kat wall street pun tahu. tapi zombie mana tau apa-apa pasal saham. Kalau saham bengkrap pun peduli apa, duit rm15k kan ada. kah kah kah kah






-Jangan sampai mamat khalid buat filem zombie di Jengka- 


Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.








"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman. Memandangkan waktu solat asar sudah hampir masuk ketika itu, Kembara Oren bergerak menuju Masjid Felda Jengka 21 untuk menunaikan kefardhuan itu. Tiba di pintu gerbang Jengka 21, sepasukan wanita dipercayai dari cawangan UMNO tempatan bersama seorang lelaki dengan sebuah jentera berat telah bersiap-sedia untuk menghalang Kembara Oren dari menggunakan laluan dari pintu gerbang itu untuk ke masjid. Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar yang telah disuruh pihak tertentu," katanya lagi.


  









Apakah FELDA terlibat dalam insiden menyerang Konvoi Kembara Oren di Negeri Sembilan?
Heh....tak silap tu.. kenderaan FELDA dan ada orang (?) mengibarkan benderan BN....tah apa-apa tah puak-puak nie... taniah kepada warga umno kerana telah melahirkan generasi  'kebinatangan' ...