Tahniah buat umno kerana telah melahirkan generasi zombie takde otak . Memang sejak zaman-berzaman , membudayakan kebodohan adalah satu sifat terpuji bagi UMNO.
Bukan susah, cuma lempang dengan duit RM15 K saja, maka ramailah yang hilang akal dan terjangkit jadi zombie. Maka senanglah monyet-monyet tu buat kerja makan duit billion2 lagi 20-30 tahun.
Malaysia dah nak muflis dah, tapi zombie-zombie ni mana tau implikasi negara muflis. Lagipun kalau negara muflis pun duit rm15K tu kan ada. Lagi 200 tahun guna pun tak habis duit sebanyak tu. Nasiblah orang2 bandar tahu benar permainan licik lintah-lintah tu. Orang kampung bolehlah kau zombie-zombie kan.
Saham FELDA dah jatuh menjunam bukan lagi rahsia, satu dunia tahu, orang kat wall street pun tahu. tapi zombie mana tau apa-apa pasal saham. Kalau saham bengkrap pun peduli apa, duit rm15k kan ada. kah kah kah kah
-Jangan sampai mamat khalid buat filem zombie di Jengka-
Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai
rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara
yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa
sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh
pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu
kampung mereka diganggu. Insiden
bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda
terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan
akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai
mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman. Memandangkan waktu solat asar sudah hampir masuk ketika itu, Kembara Oren bergerak menuju Masjid Felda Jengka 21 untuk menunaikan kefardhuan itu. Tiba di pintu gerbang Jengka 21, sepasukan wanita dipercayai dari cawangan UMNO tempatan bersama seorang lelaki dengan sebuah jentera berat telah bersiap-sedia untuk menghalang Kembara Oren dari menggunakan laluan dari pintu gerbang itu untuk ke masjid. Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar yang telah disuruh pihak tertentu," katanya lagi.
Apakah FELDA terlibat dalam insiden menyerang Konvoi Kembara Oren di Negeri Sembilan?
Heh....tak silap tu.. kenderaan FELDA dan ada orang (?) mengibarkan benderan BN....tah apa-apa tah puak-puak nie... taniah kepada warga umno kerana telah melahirkan generasi 'kebinatangan' ...
Sedang mencari mangsa untuk diratah..
Warga emas yang dipercayai seorang peneroka Felda Jengka 21 ini seolah-olah terkena
sawan ketika menghalang Kembara Oren dari masuk untuk menunaikan solat asar di masjid
dalam penempatan mereka.
Sekalipun diterangkan berkali-kali oleh pihak Kembara Oren bahawa tidak ada apa2 aktiviti
dirancang di situ melainkan mereka masuk hanya semata-mata untuk ke masjid
menunaikan solat asar, warga emas ini tetap tidak mempedulikannya.
Warga emas ini bertempik dan memaki, malah hampir-hampir tercetus pergaduhan dengan
seorang lagi warga tempatan yang mempersoalkan tindakannya menghalang orang ramai
menuju ke rumah Allah.
Kecekapan pihak petugas keselamatan Kembara Oren mengawal keadaan menyaksikan
warga emas ini dapat ditenangkan akhirnya.
Bagaimanapun beliau didengari masih bertempik-tempik ketika Kembara Oren bergerak ke
Masjid Jengka 12 pula.
ps-apa masalah lu ni pakcik,orang mau solat pun lagi mau halang.
PART 1
PART 2
Part 3
Part 4
Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas.Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi telah dicederakan.
Tindakan ini jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan
terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Ia ternyata
amat memalukan.
laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan
ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak itu di Jengka 23 dan Jengka.
Secara keseluruhaya, jelas dapat dilihat budaya
samseng semakin menular dikalangan rakyat Malaysia. Tiada lagi rasa hormat
terhadap undang-undang yang telah ditetapkan daam perlambagaan. Para peneroka
Felda seolah-olah terus diperbodohkan dari melihat kebenaran. Mereka mendapat
sedikit imbuhan sedangkan yang kaya-raya ialah orang diatas sana yang begitu
rakus mengagihkan kekayaan Felda itu sendiri kepada puak gerabak mereka.
Peneroka tidak sedar atau sengaja dibutakan mata dan hati untuk meihat
kebenaran. Saham FGV kia merudum, harga getah dan sawit terus menjunam kini
Koperasi Permodalan Felda (KPF) pula bakal menjadi mangsa. Akhirnya peneroka
ini akan "menang sorak kampung tergadai". Mereka tidak mengerti kini
tanah dan aset mereka baka tergadai. Mereka masih lagi gemar menyokong membabi
buta hingga tergamak lakukan apa saja asalkan perompak terus berkuasa. Amalan
demokrasi terus dihancurka dan mereka bebas melakukan apa saja asal namanya
UMNO. Pihak polis juga gagak bertindak denga profesiona sedangkan mereka ada
kuasa. Jalan terbaik ialah rakyat perlu melakukan perubahan pada Pilihanraya
Umum akan datang agar martabat peneroka dikembalikan. Lakukanlah perubahan
sekarang !!
Admin tumpang sekejap yer...
ReplyDeleteMana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh