UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM
ISLAM
UNDI MEMPUNYAI NILAI BESAR DALAM ISLAM
Seseorang mungkin menyangka bahawa apalah adanya kaitan antara undian yang diberikan kepada seseorang dalam pilihanraya dengan kedudukannya di hari akhirat.Pilihanraya urusan politik sedangkan agama urusan di masjid.Ini lah pemikiran sekular yang meresapi sebahagian umat Islam yang tidak di ajar tentang Islam yang tulen.Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan sesuatu kalimah yang mendatangkan kemurkaan Allah padahal dia tidak terfikir,maka kerananya dia jatuh ke neraka jahannam
(Riwayat al-Bukhari)
Maksudnya:
Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Maksudnya:
Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang di redhai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ketahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.Adakalanya seseorang kamu pula berucapdengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah,padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.
Sufyan bin 'Uyainah menyebut: " Hadith ini bermaksud kalimah dihadapan pemerintah,kalimat yang pertama(yang diredhai Allah)ialah yang menghalang kezalimannya.Kalimat yang kedua(yang dimurkaiNya) ialah yang mendorongnya melakukan kezaliman"[7]
Sesungguhnya undi memainkan peranan yang sama dengan sepatah kalimat bahkan undi lebih besar dari sepatah kalimat yang membolehkan seseorang pemimpin meneruskan atau dihentikan kezalimannya.Dengan itu undi yang dilakukan oleh seseorang dalam negara demokrasi ini diperhitungkan Allah pada hari akhirat kelak.Hendaklah seseorang muslim membuat perhitungan yang betul dalam hal ini.
0 comments:
Post a Comment