12/27/12

Baca,Fahami dan Turun #KL112








Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah dianya sistem pilihanraya SPR itu?

Mari kita fahami dahulu lembaga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya dilantik oleh Agong. Ini sebenarnya hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek. Tetapi hakikatnya yang memberi nama kepada Agung untuk mengepali SPR ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak. Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation sedang bernafas dalam lumpur. Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.

Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj - sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan ‘mengundurkan Najib’ sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM. Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah. Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin.

Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus. Dalam PRU12 yang lalu – Pakatan Rakyat telah mendapat lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan Barisan Nasional. Hari ini orang ramai melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Lihat tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan parti-parti lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya tahu bulan May tahun hadapan ialah bulan pilihan raya. Warga Iraq dan Afghanistan yang sedang berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk menafikan dapat kertas undi sekali lagi.

Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal boleh dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan datang mengundi. Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’ ini selamat SPR telah membuat peraturan bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon yang datang menyamar sebagai pengundi. Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi. Meja PACABA diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan baik. Ini bukan akidah SPR. Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

Saya juga juga belum menyentuh ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi yang lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009. Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara. Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah mereka menganggap diri mereka telah mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan bersih dan adil orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu di PRU13. Amaran ini datang dari satu juta orang ramai yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke Stadium Negara pada 12 Januari hanyalah amaran awal



sumber : Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

0 comments:

Post a Comment