12/31/12

Apa hak FELDA untuk menghalang Kembara Oren ?


Di awal video ini menyingkap babak-babak terpilih insiden Kembara Oren Pahang dihalang masuk ke Jengka 23 pada 22 Disember 2012.

Seterusnya AlmankaraqiTV mendapatkan pandangan peguam Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang) terhadap dakwaan Pengerusi Gabungan JKKR Wilayah Jengka , Sulaiman Bakar bahawa Seksyen 34 Akta Penempatan Berkelompok (GSA) memberi kuasa kepada pengurus felda untuk menghalang kemasukan Kembara Oren.

Beliau menyangkal dakwaan tersebut berdasarkan hujah-hujah perundangan, malah dijelaskan juga bahawa Seksyen tersebut tiada kaitan langsung dan tidak menyebutkan secara tersurat atau tersirat memberi kuasa kepada pengurus felda untuk berbuat sedemikian.

Turut diulas tindakan anggota Rela dan laporan polis yang dibuat terhadap Kembara Oren.



0 comments:

Post a Comment