7/19/12

Bongkar Isu Di Temerloh

Kini Kita Bongkar Temerloh Pula..


Selepas ini Admin akan bogkarkan seba sedikit isu-isu ditemerloh sedikit demi sedikit dari pada maklumat-maklumat yang admin dapat dari rakyat temerloh dan sekitarnya dari segi Politik,Ekonomi dan Sosial.. Harap anda berwaspada kerana anda sedang diperhatikan....

Serba sedikit info Daerah Temerloh:-

Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin". 

Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato' Dr. Sallehuddin Ishak. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.

0 comments:

Post a Comment