7/25/12

Jadual Perlawanan Piala AFF 2012


Siap sedia semua, Gempur bukit jalil , bersorak padu dan bergemuruh untuk pasukan Harimau Malaya.
Ini misi mengekalkan trofi, sebagai juara bertahan dan mengekalkan gelaran pasukan paling power di rantau asia tenggara.

Dah lama selepas mengalami zaman merundum, kini kita adalah pasukan favourite untuk memenangi kejuaraan, ditambah pula bermain di gelanggang sendiri. 

Untuk pengetahuan , ini adalah kali ke2 kita menjadi tuan rumah, kali pertama pada tahun 2004 yg ketika itu menjadi tuan rumah bersama Vietnam. Tapi ketika itu pasukan harimau Malaya cuma mampu meraih tempat ketiga. Untuk edisi ke 9, kita sekali lagi menjadi tuan rumah tapi kali ini bersama Thailand. Dan yang membuatkannya lebih menarik lagi ialah kita diundi satu kumpulan dengan dua musuh tradisi iaitu Indonesia dan Singapura yang padat dengan pemain import.Tapi itu semua dijangka tidak menjadi masalah kerana dengan sokongan padu penyokong tempatan, kita pasti memiliki kelebihan.
Oleh itu marilah kita di Temerloh marilah bersama-sama ke stadium bukit jalil dan memberi sokongan sepenuh jiwa raga.

0 comments:

Post a Comment