8/30/12

BUKIT JALIL ATAU DATARAN MERDEKA

YANG MANA PILIHAN ANDA

Buat semua Peserta Janji Bersih

Sila Simpan Nombor Ini

Sila salin nombor yang tertera dalam gambar
Jika apa-apa berlaku
Sila hubungi nombor tersebut
Mari kita turun ramai-ramai malam ini
Kira raikan Dataran Merseka dengan jiwa Merdeka!

Jawatankuasa #janjidemokrasi meminta semua warga yang datang untuk Ambang Merdeka malam ini merayakan countdown dimana sahaja anda berada. Tidak perlu melanggar arahan Polis yang telah melarang masuk ke Dataran Merdeka. Rayakan dimana-mana dalam kota Kuala Lumpur malam ini. Mulai jam 11 malam, sila pakai baju kuning tanda sokongan kepada himpunan #janjidemokrasi. Terima Kasih

Link Asal: Batu Tepi Jalan

Janji Dekmokrasi

Datuk A Samad Said

 Berikut adalah petikan penuh puisi A Samad berjudul "Janji Demokrasi":

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang
mencanda panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning – diri kita yang sejati –
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti,
menjeritkan: Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: “Janji Demokrasi!”
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!




Link Asal: Malaysiakini

8/27/12

Himpunan Hijau Kini Di Raub

Himpunan Hijau
Ayuh kita datang beramai-ramai untuk bebaskan bumi Malaysia kita..

8/23/12

‘Janji Bersih’ rai semangat demokrasi, mahu BN tunai 8 tuntutan


Sambutan ambang Merdeka ‘Janji Bersih’ 30 Ogos ini bertujuan mengajak seluruh rakyat hadir untuk meraikan Hari Kemerdekaan sambil mengingatkan kerajaan tentang lapan tuntutan Bersih yang perlu ditunaikan.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, himpunan itu bukan bermaksud untuk mensabotaj atau mengambil alih sambutan kemerdekaan, tetapi turut meraikan semangat kemerdekaan supaya lapan tuntutan Bersih tersebut ditunaikan.
“Asasnya kemerdekaan adalah hak individu dalam negara, dan paling penting hak rakyat untuk menentukan siapa seharusnya jadi kerajaan. Sebab itu kita mengajak semua untuk hadir meraikan Hari Kebangsaan dalam semangat inginkan pemerintahan yang bersih,” katanya yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath memberitahu, kumpulan itu telahpun menggerakkan jawatankuasa untuk masuk ke kampus dan kampung-kampung dalam usaha menyebarkan tujuan program ini.
“Kami menuntut sambutan Merdeka yang betul-betul menepati cita rasa rakyat dan melaksanakan janji-janji kerajaan, bukan hanya sebagai slogan,” kata Khalid.
“Setakat ini, Kami telah bergerak ke kampus dan kampung-kampung di sekitar Selangor untuk menyebarkan risalah. Alhamdulillah mendapat respon yang baik dan sasaran seterusnya ialah Negeri Sembilan,” jelasnya.
Jurucakap Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto turut menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran program tersebut.
“Kami guna peluang ini sebagai melatih mahasiswa untuk belajar tentang demokrasi untuk memilih dan berhimpun, justeru mahasiswa menyokong penuh program ini,” katanya.
Naib Presiden Kelab Anwar Ibrahim (AIC), Irwan Hidayat pula berkata, inisiatif kelab itu yang akan bekerjasama dengan setiap wakil negeri demi mengajak seramai mungkin anak muda menyertai sambutan tersebut.
“Semua ahli AIC akan turun bersama-sama pada malam 30 Ogos dan menyokong penuh inisiatif ini,” katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais sekali lagi mengajak semua warga Malaysia untuk hadir dan memberi sokongan pada malam itu.
“Sesiapa juga di sekitar Lembah Klang dijemput datang ke Dataran Merdeka pukul 10.00 malam, paling penting pakai baju kuning,” katanya.
Sidang media pengumuman program itu diketuai Sasterawan Negara yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam.
“Untuk merayakan tema ‘Janji Bersih’, kami sarankan anak semua bangsa di seluruh pelusuk negara agar memakai pakaian kuning pada masa dan malam yang sama,” kata Pak Samad.









8/17/12

Ramalan Cuaca Temerloh

Ramalan Cuaca 7 hari bagi Temerloh

Disini ingin berkongsi sedikat tentang ramalan cuaca di daerah temerloh sebelum raya dan sepanjang perayaa.. harap dapat memudah kan lagi pejalanan dan urusan sepanjang 1 minggu ini.. sekian terima kasih..
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PEMBACA BLOG REVOLUSI TEMERLOH.

BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DAN RANCANG PERJALANAN DENGAN BIJAK 

8/14/12

Bangunan UMNO Temerloh?

BANGUNAN UMNO

Siapa saja ke bandar Temerloh kan ternampak bangunan yang berwarna putih dan berlambangkan logo UMNO.. Disini admins ingin berkongsi serba sedikit tentang bangunan UMNO Temerloh yang tersergam tak berapa nak indah dibandar Temerloh yg aman sejahtera..  Adakah ini pembaziran UMNO di Temerloh..?

Mungking dari penglihatan pengunjung bangunan ini juga telah sedikit sebanyak mencacatkan pandangan bandar Temerloh itu sendiri kerana dengan tiada penjagaan dan merbahaya, bangunan ini juga terletak bersebelahan dengan jalan utama memasuki bandar Temerloh..

Persoalanya sekarang mana perginya tindakan oleh pihak berkuasa terhadap bangunan yang berlogokan UMNO ini kerana bangunan ini merbahaya kepada semua rakyat terutama dari segi kesiahtan dan keselamatan contohnya bangunan ini mungkin menjadi sarang penagihan dadah, tempat membuat maksiat, rogol dan bunuh satu hari nanti.. Harap pihak berwajib dan bertanggung jawab dapat memberi jawapan tentang status bangunan ini dan juga mengambil tindakan kepada mereka yang membiarkan bangunan ini merbahaya kepada rakyat..

Disini serba sedikit gambar untuk dikongsi buat semua..

Pandangan Dari Hadapan

Dalam Bangunan Masih Tetera Logo Dan Tulisan BN Yang Dah Nak Musnah

Dalam Bangunan:- 
kelihatan sampah sarap dan bermacam-macam lagi yang boleh merbahaya kan penduduk setempat contohnya penyakit akibat dari sampah, kebakaran, tempat penagihan dadah, tempat maksiat, rogol dan bunuh.






Dalam Bangunan:-
Kelihatan botol-botol arak dan pelbaagai lagi alatan yang mungking digunakan utk menghisap dadah.

Dalam Bangunan:-
Masih tetera lagi tulisan bilik gerakan pemuda yang sudah tak bergerak.
Kelihatan bahagian atas yang terbuka dan bahaya.




Harap pihak yang berwajib mengambil tindakan..




????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????



AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM – AES (SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK)



Apa itu AES?

AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti.Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi hadlaju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.




- Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 -2010.
-Usaha berterusanaktiviti keselamatan Jalanraya (JPJ ,PDRM,JKJR,MIROS,JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering,Enforcement,Education and Enviroment).
-Perlu adapsi sistem penguatkuasaan yang mampan (sustainable)dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan,pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
-Pendekatan kepada" system based approach" yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
-Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalulintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).




 Bagaimana AES berfungsi?

- AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana2 kesalahan lalulintas dilakukan dikawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
-Perlaksanaan AES meliputi kesalahan :

i)tidak mematuhi lampu isyarat.
ii)memandu melebihi hadlaju

-Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara "real time online ke Pusat Kawalam AES (Control Centre).Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik yang terdapat dalam pengkalan data JPJ.
-Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
-Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membaya kompaun atau dibicarakan.


 Keseluruhan nilai kontrak Sistem Penguatkuasaan Automatik - AES ialah $103 juta mengambilkira kontrak Jenoptik Robot dgn ATES Sdn Bhd sebanyak $53 juta & kontrak Redflex dgn Beta Tegap bernilai $50 juta.. itu jumlah kontrak pembekal dengan penyedia perkhidmatan... kontrak penyedia perkhidmatan iaitu Beta Tegap & ATES dgn Kerajaan pulak agak2nya berapa??? Di anggarkan Projek AES ini menelan belanja lebih kurang RM800 juta..


 Maklumat yang diperolehi menyebutkan bahawa harga kamera jenama Jenoptik Robot buatan Germany yg digunakan oleh ATES Sdn Bhd untuk AES ialah sekurang-kurangnya EUR 30,000 seunit. Jenoptik Robot menyatakan bahawa mereka mendapat kontrak meny
ediakan sebanyak 550 unit kamera yang keseluruhannya bernilai EUR165,000,00. Nilai EUR1 bersamaan RM3.82. Jadi keseluruhan harga kamera Jenoptik Robot menjangkau RM63,178,520.54. Ini baru nilai kamera, tidak termasuk perisian, perkhidmatan penyeliaan dan khidmat susulan bagi tempoh 5 tahun. Bagaimana Syarikat ATES Sdn Bhd mendapat pulangan??? 

Jawapannya ialah Saman Lalulintas!! 1Saman RM300..


Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
-Jumlah kamera Speeding 566 buah.
-Jumalah kamera Traffic Light 265 buah.
-"Mobile Camera" (30%) 250 unit.Operasi kamera2 mudah alih adalah bg kawasan2 kemalangan yg tiada insfrastruktur( bekalan elektrik, liputan komunikasi sebagainya) utk dipasang kamera statik.

JENIS JENIS KAMERA PENGESAN HADLAJU / SPEED TRAP DI MALAYSIA



Di Malaysia terdapat tiga (3) jenis Kamera Pengesan Hadlaju yg digunakan oleh Pihak Penguatkuasa :-

a) Redflex digunakan oleh Beta Tegap Sdn Bhd untuk AES
b) Jenoptik Robot digunakan oleh ATES Sdn Bhd untuk AES
c) LT120-20 Trucam digunakan oleh PDRM

Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd menggunakan kamera REDFLEX dari Australia manakala Syarikat ATES Sdn Bhd akan menggunakan Kamera Jenoptik Robot buatan Jerman.







1.Jenoptik Robot Mobile yang digunakan oleh ATES Sdn. Bhd.

2.Kamera Statik Jenoptik Robot yg digunakan oleh ATES Sdn Bhd.




3.Kamera Perangkap Laju LT120-20 yang bernilai AS$6,000 (RM17,000) yg digunapakai oleh PDRM.




4.Kamera Redflex Mobile yang digunapakai oleh Beta Tegap Sdn Bhd
.
5. Kamera Redflex Statik yg dipasang di sepanjang jalan, lebuhraya dan juga lampu isyarat .






Selamat Berkenalan .









Turunkan Harga Kereta

PKR Lancar Stiker Turun Harga Kereta

Menurut Twitter Rafizi Ramli hari ini Sticker kereta Turunkan Harga Kereta akn diedar melalui cabang2 PKR. Design akn diedar juga, galakkan semua cetak sticker sebnyk mungkin.

8/13/12

Kempen Bantah Seksyen 114A Dan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012

Kempen Bantah Seksyen 114A Dan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 

 Salam semua, berkuatkuasa hari ini 1 Jun 2012, Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 1950 yang kini dikenali Akta Keterangan (Pindaan) 2012, akan diguna pakai untuk mendakwa individu yang dianggap bertanggungjawab menyebarkan fitnah atau dakyah yang boleh mengganggu gugat kebajikan atau privasi orang lain. Antara Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

> Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah menerbitkan kandungan itu.

> Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
BACA LANJUT DI SINI
NOTA : Buat rakan blogger semua, berhati-hatilah dengan penulisan dan komen anda semua selepas ini. Sebelum menulis atau komen, kaji selidik dulu fakta dan bukti sebenarnya. Akta ini akan digunakan pada semua pengguna yang mempunyai identiti di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter. Terlalu banyak penyebaran fitnah melalui laman siber kebelakangan ini, menjadikan Akta ini sedikit sebanyak mungkin membantu pihak yang kena fitnah mendapat pembelaan di mahkamah nanti.

Anda semua patut tahu, pindaan kepada Sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, meliputi komen dan artikel itu walau ditulis oleh pihak lain. Keterangan lanjut sila layari LINK.

Pelanggan perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut dan sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda akan dipertanggungjawabkan.


Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, kami blogger menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950.

Perompak Bawah Umur

Perompak Budak-Budak



Sebelum ini sudah ada vid tentang rompakan Kafe Cyber yang membabitkan Budak-budak dan vid ini juga menampakan gambar perompak di Kafe Cyber ini ruma nya lebih kurang serupa dengan rompakan sebum ini.. Kenapa tindakat tidak diambil dengan segeran mana perginya penguatkuasaan, cctv penangkap kelajuan untuk mencagah kesalahan..

Disini saya paparkan sekali lagi vid yg sebelum kejadian diatas..


Lihat dengan teliti gambar org yg merompak itu kelihatan hampir serupa..

Link Asal: YouTube

Info Zakat

Zakat Pendapatan


Terdapat tiga garis panduan mengira zakat pendapatan:-
  • 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab).
    Contoh: Jika jumlah pendapatan kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka setahun zakat sebanyak RM33,800.00 x 2.5% = RM845.00
  • Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan).
  • Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar
    Contoh pengiraan zakat mengikut garis panduan kedua dan ketiga.


A. PENDAPATAN DARI SUMBER (SETAHUN) RM

Gaji 24,000.00
Elaun 5,800.00
Bonus 4,000.00
Lain-lain 5,000.00
JUMLAH PENDAPATAN 38,800.00



B. TOLAKAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN) RM

Diri 8,000.00
Isteri 5,000.00
Anak-anak(800X4) 3,200.00
Pemberian ibu bapa (contoh) 2,400.00
Caruman KWSP 2,400.00
Caruman Tabung Haji 600.00
Caruman Kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli 1,200.00
JUMLAH TOLAKAN 22,800.00



C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT(A-B) RM

RM38,800.00-RM22,800.00 16,000.00
Nilai melebihi paras nisab
(Contoh nisab semasa=RM4,226.00 5,800.00


D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (CX2.5%) RM
RM16,000.00 x2.5% 400.00




NOTA.

• Perbelanjaann bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas berdasarkan kaedah penolakan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua)
• Bagaimana pun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan, pendidikan dan tempat tinggal.
• Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji,caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli berdasarkan kepada jumlah sebenar.



Sumber Maklumat: Pusat Zakat Selangor.

(Bagi pembayar-pembayar zakat yang tinggal di negeri-negeri lain bolehlah berhubung dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam atau Pusat Zakat di negeri masing-masing).

Link Asal: Zakat Pendapatan
Link Zakat Untuk Warga Pahang: Zakat Pahang


8/11/12

Android.. Android... Android....

Android.. satu nama sistem operasi yang sangat-sangatlah popular di seluruh dunia. Terkenal kerana cuba membawa kelainan sebagai satu mobile platform yang free/open source. Kiranya senang cakap banyak barang free lah dalam OS Android ni....
Cubaan oleh sekumpulan orang cerdik pandai yang tergugat dengan kehadiran serta kehebatan yang dibawa oleh produk mobile keluaran Apple (yang telah menenggelam 'Titanic' kan OS sedia ada spt Symbian Nokia, Window Mobile Microsoft & Blackberry) bernama Open Handset Alliance(OHA) dianggotai oleh Google(ketua operasi), Samsung Electronics, HTC, Sony, DELL, Motorola, Intell, Qualcomm, Texas Instruments, LG Electronics, T-Mobile, Sprint Nextel, Wind River System dan Nvidia; telah menubuhkan satu OS baru dalam dunia permobile'an iaitu ANDROID pada 16 September 2007. Ia adalah satu free mobile platform serta open source license. Kiranya untuk membangunkan software atau aplikasi(apps) para developer(dev) tidak dicas apa-apa untuk mendapatkan lesen. Justeru para pengguna juga tidak perlu membayar untuk muat turun(download) sebarang apps dari OS Android. Sekiranya terdapat apps yang perlu dibayar hanya sebahagian kecil dan sebahagian lagi hanyalah dalam bentuk donation(derma) kepada developer.
Itu sejarahnya. Apa yang menarik disini ialah nama gelaran rasmi yang diberikan pada setiap versi baru Android yang keluar dipasaran sehingga kini. Mereka secara lucu dan berseloroh (dalam tak sedar dek akal), gunakan nama pencuci mulut(dessert) atau manisan(sweet treats) untuk setiap versi OS yang dikeluarkan. Siap ikut turutan abjad ABC lagi...
1. Android beta (2007)
2. Android 1.0 Astro* (2008)
3. Android 1.1 Bender* (2009)
4. Android 1.5 Cupcake (2009)
5. Android 1.6 Donut (2009)
6. Android 2.0/2.1 Eclair (2009)
7. Android 2.2 Froyo (2010)
8. Android 2.3 Gingerbread (2011)
9. Android 3.0 Honeycomb (2011)
10. Android 4.0 Ice Cream Sandwich (2011)
11. Android 4.1 Jelly Bean (2012)
12. Android Kandy Kane/Key Lime Pie** (comming soon)
*Astro dan Bender tidak pernah diguna pakai secara rasmi sebagai kod nama untuk Android
**Dua nama ini masih belum dapat pengesahan dari pihak Google.
android cupcake

android donut

android eclair

android froyo

android gingerbread

android honeycomb

android ice cream sandwich

android jellybean



8/10/12

Ayuh Ke Dataran Merdeka

Kuningkan Dataran Merdeka

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Ayuh kita ke Dataran Merdeka dengan memakai baju kuning dan kuningkan dataran pada malam merdeka kita yg ke 55.

8/9/12

Seni PertahankanDiri/Tempur Campuran (Mixed Martial Arts,MMA)

Seni mempertahankan diri atau pertempuran adalah suatu yang tidak asing bagi kita. Di Malaysia seni yang paling dikenali dan terkenal adalah Silat. Apabila menuju zaman moden rakyat Malaysia didedahkan dengan pelbagai lagi seni lain seperti Taekwando, Karate, Judo, Aikido juga tidak ketinggalan dari bangsa Cina iaitu Kung-Fu, Wushu & TaiChi serta dari bangsa India seperti Silambam & Kalari Payat. Sukan tempur yang ekstrem seperti Muay Thai(Tomoi), Tinju, Kick Boxing dan tidak ketinggalan Silat Olahraga dari Malaysia sendiri.
Seni PertahankanDiri/Tempur Campuran(MMA) pada awalnya terbentuk apabila golongan pelawan/fighter dari setiap displin seni pertahankan diri bergabung dan berlawan untuk mencari siapa dan displin mana yang terbaik dan ia perlahan-lahan membentuk kepada MMA yang sedia ada sekarang dimana ia adalah suatu acara yang dipertandingkan secara Professional diperingkat antarabangsa. Teknik berlawan yang 'ultimate' dimana pelawan mestilah bersiap sedia untuk menyerang atau diserang dengan pelbagai jenis seni pertahankan diri samada dalam posisi berdiri, baring, kunci mati pihak lawan, tumbukan@tendangan 'knockout', bergelut(grappling), dan pelbagai lagi teknik dan tidak terhad kepada tradisi lama dari hanya satu seni pertahankan diri sahaja. Misalnya jika satu pelawan hanya mahir Muay Thai, beliau perlu juga tahu bagaimana hendak bertindak jika dijatuhkan pihak lawan yang mahir bergusti kerana penggunaan siku dan lutut yang lazimnya digunakan tidak lagi berkesan apabila bahagian tubuh tertentu dikunci seperti leher atau lengan dikilas ke belakang dengan tujuan 'memaksa lawan untuk menyerah kalah'.
Sukan MMA ini sangat popular pada masa kini dan dikatakan mampu dan mungkin dapat melawan populariti sukan yang sedia ada seperti Tinju atau Gusti Professional (seperti WWE & etc). Justeru pelbagai undang-undang atau peraturan telah diperkenalkan supaya sukan ini jadi lebih selamat kepada para pelawan kerana ianya boleh bertukar menjadi terlalu ekstrem dan ganas. Selain itu, beberapa kelas pelawan diperkenalkan secara umumnya seperti, 
Super Heavyweight (tiada had berat)
Heavyweight (265lb)
Lightheavyweight (205lb)
Middleweight (185lb)
Welterweight (170lb)
Lightweight (155lb)
Featherweight (145lb)
Bantamweight (135lb)
Flyweight (125lb)
 Secara umumnya pelawan akan berlawan didalam gelanggang yang berbentuk Oktagon atau segi lapan, dan dikepung dengan pagar bukan dengan tali seperti gelanggang Tinju. Seorang pengadil serta dua pelawan sahaja akan berada didalam gelanggang ketika perlawanan. Kemenangan ditentukan melalui beberapa aspek iaitu; Knockout(KO), Teknikal Knockot(TKO), Submission(pelawan menyerah kalah secara lisan atau menepuk pada pihak lawan{tap}), dihentikan oleh pengadil jika pelawan tidak mampu pertahankan diri dari serangan, jurulatih mencampakkan tuala putih tanda tidak mampu lagi melawan, doktor/paramedik menghentikan perlawanan kerana kecederaan atau luka yang menyebabkan darah keluar terlalu banyak, juga keputusan juri/hakim jika tiada kemenangan mutlak selepas tamat tempoh perlawanan, hilang kelayakan, atau tiada pertandingan(no contest) jika berlaku perlanggaran peraturan oleh mana-mana pihak pelawan.
Tempoh berlawan biasanya 5minit dan terhad kepada 3 pusingan bagi perlawanan biasa dan 5minit dan 5 pusingan untuk perlawanan menentukan kejuaraan (Championship Match). 
Teknik popular yang seringkali digunakan pelawan didalam pertandingan MMA ialah Tinju, Gusti, Muay Thai, Kick Boxing, Brazillian Jiu-Jitsu, Taekwando, Karate, Judo, Sambo dan pelbagai lagi displin seni pertahankan diri. Juga terdapat pelawan yang menggunakan gaya bebas(free style fighting) tanpa terikat dengan mana-mana gerakan displin seni pertahankan diri.
Terdapat pelbagai organisasi atau pertubuhan yang giat mempromosikan MMA samada secara antarabangsa juga tempatan. Antaranya ialah Ultimate Fighting Championship (UFC) di USA malah One Fighting Championship (ONE FC) di Singapura; juga dipertandingkan di negara-negara lain seperti Jepun, UK, Brazil, Canada juga di Afrika Selatan.
Nama-nama pelawan seperti Hoice Grace, Randy 'The Natural' Couture, Shane Carwin, George St Piere(GSP), BJ Penn malah penggusti dari WWE seperti Ken Shemrock dan Brock Lesner pernah menyertai sukan MMA ini.