9/14/12

Singa ke Gergasi ke Seladang ke... Just Bring 'em on..



Teka-teki misteri mengenai skuad Pahang tahun 2012 ni bukan kenapa Pahang selalu kalah 3-2, 
dan persoalannya bukan kenapa Pahang selalu bolos di hujung-hujung perlawanan, 
Tapi kenapa Pahang seringkali gagal meraih keputusan memberangsangkan ketika kepercayaan para penyokong kepada mereka sedang menggunung ?

Dua kekalahan berturut-turut adalah sesuatu yang negatif untuk moral para penyokong, bukan perkara aneh melihat kanak-kanak memakai jersi kebanggaan Kuning-Biru di sekitar temerloh  ketika ini. Satu permandangan yang sudah lama tak kelihatan, sama seperti demam harimau malaya sewaktu skuad negara meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat asia tenggara, cuma anehnya TokGajahMania bukan disebabkan mereka baru merangkul piala besar. Tapi kerana catatan kemenangan demi kemenangan sewaktu beraksi di kancah liga perdana tempoh hari memberi impak kebanggaan pada seluruh rakyat Pahang.

Namun bagaikan situasi anti-klimaks , setiap kali kepercayaan penyokong sedang menggunung tinggi dan mereka sanggup datang dari segala ceruk untuk memberikan sokongan buat Tok Gajah, mereka terpaksa menerima keputusan mengecewakan.
Bermula dengan pertemuan penentuan Juara Liga Perdana menentang ATM tempoh hari, ribuan penonton  keluar mengepung stadium mini Temerloh. Memberi sokongan yang tak terhingga demi pasukan kebanggaan mereka, di saat hanya kemenangan yang mampu memintas kedudukan ATM di tangga teratas liga. Kita dipaksa akur dari catatan selesa 2-0 separuh masa pertama,  hampa dengan keputusan yg berakhir seri 3-3 yang sekaligus menutup terus sisa peluang kita masa itu.

Kehadiran ribuan penyokong sekali lagi berulang di Stadium Darul Makmur ketika menentang gergasi merah kuning, Selangor, buat pertama kalinya tahun ini kita melihat pasukan Pahang tak bermain seperti Pahang yang kita kenali. Begitu lemah di semua posisi, diratah satu gol demi satu gol di kandang sendiri. Keputusan 1-4 memang menyakitkan hati. Sehingga menimbulkan kritikan , adakah skuad Pahang tak mampu beraksi baik jika beraksi di depan penonton sendiri yang ramai ? Tapi kita sedar waktu itu tanpa berberapa pemain tonggak, jadual yang ketat dan penerbangan dari Sarawak mungkin menjejaskan kemampuan kita.

Tapi kita harus positif, kekalahan kedua berturut-turut kepada Selangor dan diikuti dengan kekalahan kepada T-team bukanlah sesuatu yang baik, apatah lagi t-team sebagai pasukan diambang pembubaran dan terlemah dalam group D pasti memberi spekulasi tak menyenangkan di kalangan penonton.

Perasaan kecewa itu mungkin kerana pasukan yang mereka hadapi selepas ini dianggap lebih kuat iaitu naib juara liga super, Lions XII berbanding pasukan pertengahan liga Johor FC, tapi sewajarnya buat pasukan yang baik adalah mereka tak perlu gentar berhadapan dengan sesiapa pun. Apa yang wajib mereka lakukan mengalahkan pasukan lawan, bukan mengelak bertembung.
TO BE THE BEST YOU HAVE TO BEAT THE BEST. 
untuk itu pahang harus mengalahkan mereka , itulah caranya untuk kita menjadi yang terbaik.



Kita tahu skuad Tok Gajah bukan sengaja turun untuk menempah kalah, mereka sudah tentulah turun untuk mencari kemenangan, tapi adat bersukan, kalau kita lalai, kita akan dipintas dalam sekelip mata.

Pelbagai maklumbalas yang kita lihat di laman-laman sosial. kritikan, cemuhan, dan tak kurang juga kata-kata semangat. Memang itu adalah kelaziman bolasepak, bukan di Pahang saja, malah di seluruh dunia pun termasuk di Brazil dan di England, kalau pasukan meraih keputusan buruk maka keadaan sama akan berlaku. Bukan masalah lalang, Tapi sebagai pasukan profesional, itu adalah antara faktor yang harus dihadapi oleh para pemain. Seharusnya kritikan diambil sebagai cabaran untuk bermain lebih baik.

Untuk Pasukan Tok Gajah, percayalah penyokong masih belum lagi hilang kepercayaan. Dan Apa yang ditagih oleh penyokong ketika ini adalah Kemenangan Moral.
Dan kemenangan ke atas LIONS XII akan menutup semua  mulut pengkritik.

Kepada LIONS XII ... welcome to Darul Makmur,
Kepada TOK GAJAH  .... show them what they deserve to see...
Kami Penyokong TOK GAJAH akan sentiasa berada di belakang kalian.....SELAMANYA......


9/10/12

RAHSIA UMNO DALAM TANGAN DR MAHATHIR



Dr Mahathir kata kalau PR memerintah, dia orang akan perintah selamanya. Mengikut Mahathir dia tahu beberapa rahsia. Rahsia yang Dr Mahathir maksudkan itu mesti yang buruk dan yang tidak baik. Kerana apabila PR memerintah, orang akan tahu rahsia buruk UMNO- rasuah, rompakan, lanun, manipulasi jentera kerajaan, komisyen kepada menteri, KSU yang korap, pegawai kerajaan yang korap, rasuah dalam syarikat milik kerajaan,skendel pembinaan lebuh raya, pelabuhan, jambatan bengkok, skendel IPP. Semua rahsia ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagu memilih UMNO.

UMNO akan jadi 4 huruf yang melambangkan segala yang mungkar kepada orang melayu yang Bergama Islam. Sebagai orang Islam , semua orang Melayu tahu bertaqwa bererti jangan buat mungkar dan menyeru kepada makruf. UMNO mewakili kuasa yang mungkar dan kerana itu, orang Melayu akan menolak nya. Prinsip ini amat mudah difahami.
PR akan berkuasa lama selagi ia menjalankan dasar dan pemerintahan yang makruf. Apa yang sukar nya mengenai rahsia ini? PR bukan kerana Anwar Ibrahim. PR adalah kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahukan kerajaan yang lebih baik.

Apa yang UMNO dakwa, semua orang lain boleh buat. Perjuangkan orang Melayu? Semua orang Melayu dalam PAS, PKR, bahkan DAP pun boleh berjuang untuk orang Melayu. NGO dan pertubuhan2 bukan kerajaan pun boleh bersuara untuk orang Melayu. UMNO tidak memiliki monopoli berjuang untuk orang Melayu. Zaman UMNO memonopoli semua sudah berakhir. Berjuang untuk Islam? Dengan sumber yang ada, semua orang boleh buat. Memelihara instutusi istana? Selagi orang Melayu hendakkan institusi itu dan ada perlindungan undang2, ia tetap kekal. Tidak ada masaalah.
Pendek nya, apa yang UMNO kata mereka boleh buat, orang lain boleh buat dengan baik. Membangunkan negara? Sedangkan UMNO dengan half six leaders nya boleh buat, mustahil orang dalam PR tak boleh buat. Fakta nya, kepimpinan dalam PR lebih berkualiti dari yang masih ada dalam UMNO.
Bukan Dr Mahathir seorang sahaja yang tahu rahsia. Ramai lagi tahu bagaimana UMNO terutama bila Dr Mahathir jadi PM dan presiden UMNO mengekang minda orang Melayu. Kita tahu rahsia UMNO kekal berkuasa.
UMNO kekalkan kuasa dengan menakutkan orang Melayu. UMNO kekal sebab orang Melayu diperbodohkan. UMNO kekal kerana orang Melayu dijadikan bangsa meminta minta dan bergantung kepada UMNO. Ini sangat berlawanan dengan semangat yang hendak dibawa oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Orang Melayu jadi punah bila Dr Mahathir ambil alih memimpin orang Melayu.

Orang Melayu diperbodohkan dengan menanam dalam minda mereka bahawa jika UMNO tidak ada, maka masa depan orang Melayu gelap. Kenapa, walaupun setiap keududukan kuasa dikuasai oleh orang Melayu, keududukan orang Melayu ketinggalan juga? Ini membuktikan bahawa disebalik laungan UMNO berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air, kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan segelintir yang terpilih. Pendapatan orang Melayu selepas merdeka, selepas UMNO berkuasa RM100 berbanding dengan Cina (1500) dan India( 1200). Kenapa ini terjadi?

Suatu petang sebelum pertandingan ketua pemuda UMNO Malaysia berlansung, saya berada dirumah Dato Najib di Jalan Duta. Antara topik yang dibualkan ialah mengenai penglibatan Dr Mahathir dalam pertandingan UMNO. Terutama kerana ketika itu, anak Dr Mahathir pun bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda. Saya menyatakan apa hal Dr Mahathir ini- tidak ada yang kena bila orang lain jadi PM selain dari dia dan tidak ada yang baik jadi Ketua Pemuda selain anak dia. Najib telah menjawab- Dr Mahathir ni nak sibuk mengenai orang lain. Dedah keburukan orang lain. Kalau kita dedahkan hal dia- pelabuhan lah, leburaya lah, TOL lah, IPP lah..banyak lagi lah.

Inilah UMNO. Jaga rahsia sama sendiri.

Kita tahu bahawa DR Mahathir tidak akan bertanding lagi.  Tapi oleh kerana dia sekarang sudah menjadi jurucakap kepada UMNO, maka kita attack dia. Lagi dia bising, kita suka sebab ia menjadi alasan dan semangat kepada kita untuk mendedahkan keburukan UMNO. Objektif kita ialah menjatuhkan UMNO.

UMNO bukanlah pilihan mutlak untuk orang Melayu. Orang Melayu sekarang ada banyak pilihan. Tidak ada UMNO, orang Melayu dan Malaysia tetap akan membangun dan maju. Tidak ada UMNO, kepentingan orang Melayu tetap dijaga. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana majority penduduk negara ini adalah Melayu. Dari 18 juta orang Melayu, ahli UMNO hanya 3 juta. Dari 6 orang Melayu, hanya seorang ahli UMNO. Jika seorang ahli UMNO mati, ada 5 lagi orang Melayu. Jika 3 juta ahli UMNO tidak ada, ada 15 juta lagi orang Melayu. Jadi tidaklah benar, jika UMNO tidak ada, maka orang Melayu akan terbiar.

Orang Melayu tak sedar, bahawa bila Dr Mahathir ambil alih sebagai PM lah , maka sedikit demikit sedikit, DEB dihapuskan. DEB ertnya, orang Melayu membangun secara organik- diberi sumber ekonomi, membagunkan diri mereka, memperolehi pengalaman dan kemahiran dan bersaing. Semangat DEB ialah memberi orang Melayu joran atau pancing supaya mereka boleh memancing hari hari dan makan ikan hari.

Mahathir tidak percaya dengan pendekatan ini. dia kata cara ini lambat. Cara yang lebih baik ialah jumpstart ekonomi orang Melayu. Cara nya ialah dengan memilih golongan tertentu supaya melajukan ekonomi orang Melayu. Ekonomi yang laju ialah ekonomi mereka yang Dr Mahathit pilih dan Dr Mahathir pilih Cina dan India sama.

Majoriti orang Melayu ketinggalan. Itulah sebabnya mengapa perbezaan pendapatan dikalangan orang Melayu sendiri adalah perbezaan yang terbesar. Pengagihan kekayaan antara cina sama cina, India sesama India lebih adil. Sesama Melayu kurang adil, sebab UMNO pilih bulu. Ini rahsia Mahathir.














A.B.U | Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno













9/9/12

Mampukah Anda Bertahan Selama 2 Jam / 2 Hour Endurance.. ???

Persoalan 1:- Mampukah anda bertahan selama 2 Jam?
Persoalan 2:- Sekiranya anda mampu, adakah ganjaran yang diterima setimpal atau hanya diberi pujian atau kata-kata semangat??
Persoalan 3:- Adakah daya tahan atau daya juang anda mencapai kepuasan diri???

Segala jawapan yang anda ingin berikan atau nyatakan sebenarnya boleh di realisasikan dengan menyertai kejohanan berikut:-

Kejohanan Kebangsaan KBS-MAM Kapcai Endurance 2012

Jadual perlumbaan..


Setelah anda melihat jadual diatas pelumba atau peminat disekitar Negeri Pahang mungkin merasakan telah terlepas aksi sulung acara ini. Anda jangan bimbang kerana tarikh tersebut telah ditunda kepada 21-23 September 2012.. Harap maklum.. (Pemenang diberikan peluang untuk menguji Moto3 dan mungkin beraksi di Malaysian MotoGP yang akan berlangsung)

Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana bakat anda sebagai juara bermotosikal pada setiap konvoi cuti umum, hujung minggu dan malam minggu mungkin dapat mengisi ruang kekosongan di pentas hujung minggu yang lebih bermakna, mungkin anda selepas ZulFahmi (http://www.facebook.com/ZulFahmi63). Siapa tahu segala kemungkinan yang bakal tercetus..

Untuk mendapatkan keterangan mengenai peraturan atau berminat untuk menubuhkan satu pasukan dari Pahang atau khususnya dari Temerloh anda boleh layari http://www.facebook.com/pages/TemerluhLine-MotorSports/215705805114444 untuk bertanyakan soalan atau memberikan pandapat serta buah fikiran anda..

Kepada anda yang mempunyai akaun FB juga boleh melawati http://www.facebook.com/kapcai.endurance untuk mengetahui perkembangan terkini..

Jumpa anda di litar dan serlahkan daya tahan anda...

9/7/12

Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib Perdana
(Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat)


Ayuh kita datang beramai-ramai dan menyemarak kan ilmu agama bersama Menteri Besar Kelantan..

9/3/12

Sejarah Jalur Gemilang



Masih lagi kusut dengan isu bendera provokasi, suratkhabar utusan malaysia  hari ni pun dah mula mempolitikkan kes Sang Saka Malaya ni, lebih10 muka surat semua topik bendera, kadang-kadang lucu juga bila pihak akhbar membesar-besarkan topik ni sampai menuduh aksi membawa bendera ni bersifat subversif. Takkan pasal dua orang mamat bawak bendera pun boleh runtuh negara kot, logik la sikit...
Nasib baik tak dituduhnya puak bawa bendera Sang Saka Malaya tu terroris terus.. lagi jelas nampak menipunya...

Nah lah... aku malas nak cerita pasal Sang Saka, semalam pun aku dah terangkan kedudukan bendera merah putih tu panjang lebar.

Hari ni aku nak sambung sikit pasal Jalur Gemilang , memang kalau ikutkan dalam keadaan yang sekontroversial macam mana pun, kita kena adil dan berfikiran rasional. Jangan terikut emosi.
Adil tu bermakna kita mempertimbangkan kedua-dua belah pihak.
Maknanya selain minat mendadak mengkaji pasal bendera merah putih tu, kita kena juga mengkaji pasal Jalur Gemilang. Barulah kita mencapai tahap keseimbangan kosmos, sesuai dengan falsafah Ying dan Yang..




1. Bagaimanakah rupa bendera Malaysia?

Hmm... soalan bonus ni... Rasa aku semua rakyat malaysia berbilang bangsa kat negara ni memang kenal rapat dengan bendera tu. Malah mak bapak datuk nenek mamat2 yang yang kibar bendera Sang Saka tu pun kenal... skip!


2. Siapakah pencipta bendera Jalur Gemilang ?

Pencipta Jalur Gemilang sebenarnya bukanlah agen perisik warga Amerika Sarekat, tapi dia seorang arkitek dari Johor yang bernama Mohamad bin Hamzah. Memang warga tempatan tulen.

Gambar Pencipta Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia


3. Pada tahun berapakah bendera Malaysia ini dicipta ?

Tahun 1949, Maklumlah, masa tu semangat  nak buat negara baru tengah trending, mestilah kena ada bendera sendiri iye tak, takkan sampai sudah nak guna bendera penaung aje. Maka dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.




4. Adakah Bendera Malaysia ini dicipta secara syok sendiri oleh sekumpulan mamat lepak ngeteh yang tiba-tiba dapat idea nak buat bendera baru ikut citarasa sendiri sebab terasa dirinya berkebolehan menggunakan Photoshop?

Salahh tu... satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru telah diadakan pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan...



5. Siapa juri yang menentukan pemenang tertandingan merekacipta bendera ni ?

Rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor...



6. Aikk?? takkan dapat persetujuan raja-raja dengan bangsawan2 British je? Itukan bendera untuk rakyat Malaysia ?


Rilek dulu.... bukan raja-raja dan bangsawan British saje.. Pendapat umum pun diambil kira. Masa pertandingan mencipta bendera tu , tiga rekaan berjaya ke peringkat final . Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada  29 November 1949.



7. Kenapa orang zaman tu pilih bendera Jalur Gemilang ni.. yang lagi 2 rekaan tu tak cantik ke?

tiga rekaan disenarai ke peringkat akhir tu membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.




8. Mak aihhh... Siap letak keris bersilang, malaypower betul tu... nasib baik orang zaman dulu tak pilih yang itu dibuat bendera.

Tau pun....



9. Sejak bila digelarkan bendera Malaysia tu dengan nama Jalur Gemilang ?

Secara rasminya diisthiharkan pada 31 Ogos 1997..iaitu ulangtahun kemerdekaan ke 40.

Nama Jalur Gemilang diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan
Tamin dalam satu peraduan dan berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.



JALUR  - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan
arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG  - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.  Oleh yang demikian Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.


9/2/12

Temerloh : Lambang revolusi bolasepak Pahang


Revolusi adalah kebangkitan, tidak terhad kepada situasi politik semata. Dalam bidang sukan juga ada revolusinya tersendiri. Bahkan kebangkitan secara mendadak skuad Tok Gajah tahun ini adalah satu revolusi yang tidak dapat dinafikan.

Secara beransur-ansur skuad tok gajah yang seakan dilanda zaman kejatuhan bangkit kembali memberi saingan di kancah tertinggi bolasepak tanahair. Dan Temerloh menjadi saksi kebangkitan mereka, dengan rating kedatangan penonton dan sorakan bertali arus, menyaksikan semangat Skuad Tok Gajah kembali pulih.

Memang kita rindukan zaman kegemilangan skuad Pahang sekitar tahun 80an dan awal 90an. Sewaktu kita memiliki barisan bintang-bintang seperti Fandhi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin, Mubin Moktar, Jose Iriate, piyapong piew-on, V. Sundramoorti , Ronachai Sayomcai dan ramai lagi tak terhingga.
Namun imej skuad Tok Gajah semakin tercalar berberapa tahun kebelakangan ini. 2 kali mereka terperosok ke kerak liga. 2009 dan tahun lepas 2011. Sehingga mereka tercampak ke Liga Perdana ( liga divisyen 2) buat pertama kalinya dalam sejarah.

Namun sejak mereka beralih buat sementara ke Stadium Temerloh bagi memberi laluan kepada Stadium Darul Makmur untuk penganjuran SUKMA, segalanya bertukar sensasi. Atmosfera bolasepak Pahang berubah gilang gemilang.
sama ada penonton dari sekitar bandar Temerloh, mahupun yang bersemangat datang dari Jengka, Jerantut, Kuantan , Kuala Lumpur etc telah sama-sama memberi sokongan padu setiap kali Skuad Tok Gajah beraksi.
Akhirnya Pasukan Tok Gajah menamatkan perlumbaan mengejar piala liga perdana di tempat kedua, bersaing sengit dengan pasukan ATM yang dipenuhi lambakan bintang2 bolasepak Malaysia. Satu kedudukan yang sangat membanggakan sekali.



Benar kita bukan mahu mengatakan tuah dan nasib Tok Gajah datangnya dari renjisan magis Stadium Temerloh. Semua ini berpunca dari banyak pihak. Promosi, penganjuran, semangat kenegerian , kesetiaan ultras Pahang (elephant army) yang tak pernah luntur memberi semangat sewaktu jatuh dan bangkitnya pasukan, dan yang paling utama sekali adalah prestasi dan keinginan tinggi para pemain Pahang itu sendiri yang sentiasa bermain mati-matian mengejar kemenangan.

Kisah kebangkitan Skuad Tok Gajah ternyata belum berakhir setakat di persaingan liga, kebangkitan itu sedang bersambung ke perebutan piala yang menjadi pujaan hati setiap pasukan di negara ini, iaitu Piala Malaysia. Keriuhan dan kegamatan sorak sorai penonton kini sudah berjangkit di Stadium Darul Makmur, dan Pahang bagaikan gajah yang mengamuk mendambakan kemenangan demi kemenangan.

Sudah lama kita tak merangkul Piala Malaysia, kali terakhir tahun 1992. Tapi para penyokong diharap terus berada di belakang pasukan Tok Gajah walau apa pun keputusannya. Pastikan pasukan gajah takkan rebah lagi.

Ayuh, Ayuh...
Ayuh Tok Gajahku....
Hari ini kita pasti menang ..... hoooo !!!





P/s : Kitorang bukan admin page FB tok gajah forever tu, saje pinjam gambor dia sebab lawo

Jalur Gemilang tetap Gemilang




















Seperti yang kita sedia maklum, Isu paling annoying sehari dua ni  pastilah kes berkibarnya bendera sang saka malaya sewaktu sambutan hari kemerdekaan malaysia yang ke-55 baru-baru ni. Dari laman sosial facebook dan twitter, hingga ke blog dan akhbar semuanya mula memperkatakan tentangnya. Sekaligus mengheret masyarakat siber ke kancah polemik baru.

Kononnya, turut diedarkan sekali risalah berkempen supaya tukar bendera jalur gemilang tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab sahabat rapat kami sendiri pun tak dapat apa-apa risalah semasa berada di tempat kejadian.

Dan sesudah kontroversial mengibarkan bendera sang saka ni, muncullah mamat2 yang memperjuangkan bendera baru tu buat kenyataan di internet bahawa mereka tak mewakili mana-mana parti dan tak berniat tukar bendera jalur gemilang, mereka sekadar nak memperingati bendera Sang saka yang dulunya pernah diperjuangkan untuk dijadikan bendera negara malaysia ini sewaktu sebelum kemerdekaan. Baca di sini.

Tak kisahlah apa pun alasan mereka, kerana tindakan memperlekehkan bendera sendiri ni memang secara praktikalnya bukanlah tindakan yang cerdik. Terutama bila idea tu datangnya dari kelompok kecil yang syok sendiri dan idea mereka itu hanya mewakili suara yg tak sampai pun 1% dari populasi rakyat malaysia.



Patriotic mode : OFF !


Dan memang benar, idea mengganti bendera baru ni bukan suara rasmi dari mana2 parti politik di Malaysia. Dan memang benar juga, Sang Saka mempunyai talian sejarah yang sangat rapat dengan sejarah bendera2 di malaysia terutama sewaktu kebangkitan semangat nasionalisme sewaktu menuntut kemerdekaan tanahair


Manakala bendera sang saka malaya yang baru-baru ini sama sekali dalam rekabentuk baru yang kelihatan cuma warna merah putih dengan lambang bintang bulan bendera malaysia yang dikombinasikan. Serius, hasilnya lebih buruk dari Logo 3 minit janji ditepati.


Ini rekabentuk baru.. lain langsung
dengan bendera rakyat
yang dikibarkan tahun 1947 dulu
Inilah rupa  bendera rakyat yg pernah dikibarkan
pada tahun 1947 dulu,
10 tahun sebelum kemerdekaan




Selain dari itu, aku memang tak nafikan Sang Saka merah putih memang sebenarnya lambang rumpun melayu dan negara-negara nusantara. Lihatlah sendiri bendera negara2 jiran kita.

Bendera Indonesia
Bendera Singapura
Malah wilayah melayu di selatan thailand
 pun turut menggunakan warna merah
Putih sebagai bendera perjuangan
kemerdekaan mereka


Dikatakan sejak dari zaman kerajaan-kerajaan purba turun-temurun pun memang telah menggunakan bendera Merah putih ini sebagai bendera kerajaan masing-masing. Ada juga dakwaan mengatakan empayar kesultanan Melaka turut menggunakan bendera yang berwarna Merah Putih, tapi aku tak ada sumber.


Bendera kerajaan Majapahit

Bendera Kerajaan Srivijaya
Dan seperti yang aku kata kat atas tadi, Sang Saka sememangnya mempunyai talian sejarah yang sangat rapat dengan sejarah bendera2 di malaysia terutama sewaktu kebangkitan semangat nasionalisme sewaktu menuntut kemerdekaan tanahair. Maka tak hairanlah kalau kebanyakkan bendera parti-parti sewaktu zaman awal menceburi politik moden menampakkan bendera mereka yang berwarna merah putih.
Parti politik terawal di Malaysia, PKMM telah menggunakan Sang Saka
sebagai bendera parti ,
Malah Parti Politik UMNO yang bersongkol dengan  British pun turut menggunakan
warna merah putih sebagai Bendera Parti mereka

Bendera PAS pada asalnya juga
berlatarbelakangkan  warna merah putih










bendera Angkatan Pemuda Insaf (API)
yg  progressif  pun menggunakan
Merah putih




Okay, aku bukan patriotik sangat, tapi aku tetap tak menyokong bendera sang saka malaya ni menggantikan Jalur gemilang. Sebab aku yakin, selama ini Jalur Gemilang boleh dianggap berjaya dalam merapatkan hubungan intergriti antara kaum di malaysia. Selain nama MALAYA pada sang saka seperti yang dicanangkan itu sendiri memang tak sesuai untuk negeri2 Borneo seperti Sabah dan Serawak.

Tamat sudah sessi perkenalan kita dengan bendera-bendera Merah putih ni. Memang bagus kita mengetahui sejarah. Dan bendera ini adalah lambang bersatupadunya nenek moyang kita dan bukti mereka telah hidup bertamadun sejak lama. Tapi tidaklah bermakna kita patut menukar bendera Jalur Gemilang sedia ada, itu bagaikan melangkah ke belakang memulakan semula dari angka kosong. Satu perbuatan buang masa dan sia-sia. Kita sendiri adalah sejarah, dan hari ini pun kita sedang menulis sejarah baru bangsa kita. Sejarah Malaysia.



Berbeza dengan nama pejuang-pejuang menentang British yang namanya terpadam, adalah satu penghormatan jika kita dapat mengangkat kembali nama-nama mereka ke dalam buku sejarah. Tapi itu tak bermakna kita mesti buang nama tokoh-tokoh sejarah sedia ada.
Kita mahu menokok tambah apa yg kurang, bukan menokok dan membuang mengikut selera kita.
Kita tak mahu generasi sesudah kita jadi makin confuse dan keliru.


PERCAYALAH TUKAR BENDERA PUN TAKKAN MEMBAWA KESAN APA-APA
KALAU MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH JUMUD MACAM BIASA ....



footnote : sebenarnya banyak lagi kisah menarik di belakang tabir tentang kisah-kisah bendera ni, tapi adalah lebih baik kalian google dan cari sendiri, cara macam tu lebih memberi kepuasan dalam mengumpul maklumat untuk diri sendiri berbanding mengharap maklumat2 yg disuap terus ke dalam mulut.