7/23/12

Alex sedia timbang sebarang tawaran mana-mana pasukan untuk musim depan


Kalau menurut artikel SINAR HARIAN Azammuddin Mohd. Akil bersedia untuk mempertimbangkan sebarang tawaran daripada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya beraksi pada musim depan.

Ini berita buruk . Walaupun kejayaan Pahang kembali menempah cabaran liga super adalah kejayaan secara berpasukan dan bukan kejayaan individu, namun tak ada siapa yang boleh menafikan sumbangan besar Alex dalam kebangkitan skuad Tok Gajah.

Alex, pemain kelahiran kuala Lipis yang pada musim 2012 sanggup menolak tawaran pasukan liga super lain demi untuk membantu Pahang kembali ke pangkuan liga elit adalah satu tanda kesetiaan kepada negeri kelahirannya yang tak dapat dipersoalkan oleh sesiapa. Manakala kualiti permainannya memang terbukti sehingga dipanggil menyarung jersi Malaysia adalah satu kebanggaan dan sumber inspirasi kepada anak negeri ini.. 

Maka adalah satu kerugian rasanya kalau kita kehilangan andainya kita tak dapat mengekalkan sentuhan anak negeri yang berjiwa besar ini membawa cabaran kita di musim-musim yang akan datang. Malah sekiranya Tok Gajah dapat memancing berberapa orang lagi pemain berkualiti tempatan masuk ke dalam skuad, tidak hairan Pahang akan kembali menjadi pasukan gergasi yang digeruni di persada bolasepak tanahair.


0 comments:

Post a Comment