9/14/12

Singa ke Gergasi ke Seladang ke... Just Bring 'em on..



Teka-teki misteri mengenai skuad Pahang tahun 2012 ni bukan kenapa Pahang selalu kalah 3-2, 
dan persoalannya bukan kenapa Pahang selalu bolos di hujung-hujung perlawanan, 
Tapi kenapa Pahang seringkali gagal meraih keputusan memberangsangkan ketika kepercayaan para penyokong kepada mereka sedang menggunung ?

Dua kekalahan berturut-turut adalah sesuatu yang negatif untuk moral para penyokong, bukan perkara aneh melihat kanak-kanak memakai jersi kebanggaan Kuning-Biru di sekitar temerloh  ketika ini. Satu permandangan yang sudah lama tak kelihatan, sama seperti demam harimau malaya sewaktu skuad negara meraih kejayaan demi kejayaan di peringkat asia tenggara, cuma anehnya TokGajahMania bukan disebabkan mereka baru merangkul piala besar. Tapi kerana catatan kemenangan demi kemenangan sewaktu beraksi di kancah liga perdana tempoh hari memberi impak kebanggaan pada seluruh rakyat Pahang.

Namun bagaikan situasi anti-klimaks , setiap kali kepercayaan penyokong sedang menggunung tinggi dan mereka sanggup datang dari segala ceruk untuk memberikan sokongan buat Tok Gajah, mereka terpaksa menerima keputusan mengecewakan.
Bermula dengan pertemuan penentuan Juara Liga Perdana menentang ATM tempoh hari, ribuan penonton  keluar mengepung stadium mini Temerloh. Memberi sokongan yang tak terhingga demi pasukan kebanggaan mereka, di saat hanya kemenangan yang mampu memintas kedudukan ATM di tangga teratas liga. Kita dipaksa akur dari catatan selesa 2-0 separuh masa pertama,  hampa dengan keputusan yg berakhir seri 3-3 yang sekaligus menutup terus sisa peluang kita masa itu.

Kehadiran ribuan penyokong sekali lagi berulang di Stadium Darul Makmur ketika menentang gergasi merah kuning, Selangor, buat pertama kalinya tahun ini kita melihat pasukan Pahang tak bermain seperti Pahang yang kita kenali. Begitu lemah di semua posisi, diratah satu gol demi satu gol di kandang sendiri. Keputusan 1-4 memang menyakitkan hati. Sehingga menimbulkan kritikan , adakah skuad Pahang tak mampu beraksi baik jika beraksi di depan penonton sendiri yang ramai ? Tapi kita sedar waktu itu tanpa berberapa pemain tonggak, jadual yang ketat dan penerbangan dari Sarawak mungkin menjejaskan kemampuan kita.

Tapi kita harus positif, kekalahan kedua berturut-turut kepada Selangor dan diikuti dengan kekalahan kepada T-team bukanlah sesuatu yang baik, apatah lagi t-team sebagai pasukan diambang pembubaran dan terlemah dalam group D pasti memberi spekulasi tak menyenangkan di kalangan penonton.

Perasaan kecewa itu mungkin kerana pasukan yang mereka hadapi selepas ini dianggap lebih kuat iaitu naib juara liga super, Lions XII berbanding pasukan pertengahan liga Johor FC, tapi sewajarnya buat pasukan yang baik adalah mereka tak perlu gentar berhadapan dengan sesiapa pun. Apa yang wajib mereka lakukan mengalahkan pasukan lawan, bukan mengelak bertembung.
TO BE THE BEST YOU HAVE TO BEAT THE BEST. 
untuk itu pahang harus mengalahkan mereka , itulah caranya untuk kita menjadi yang terbaik.



Kita tahu skuad Tok Gajah bukan sengaja turun untuk menempah kalah, mereka sudah tentulah turun untuk mencari kemenangan, tapi adat bersukan, kalau kita lalai, kita akan dipintas dalam sekelip mata.

Pelbagai maklumbalas yang kita lihat di laman-laman sosial. kritikan, cemuhan, dan tak kurang juga kata-kata semangat. Memang itu adalah kelaziman bolasepak, bukan di Pahang saja, malah di seluruh dunia pun termasuk di Brazil dan di England, kalau pasukan meraih keputusan buruk maka keadaan sama akan berlaku. Bukan masalah lalang, Tapi sebagai pasukan profesional, itu adalah antara faktor yang harus dihadapi oleh para pemain. Seharusnya kritikan diambil sebagai cabaran untuk bermain lebih baik.

Untuk Pasukan Tok Gajah, percayalah penyokong masih belum lagi hilang kepercayaan. Dan Apa yang ditagih oleh penyokong ketika ini adalah Kemenangan Moral.
Dan kemenangan ke atas LIONS XII akan menutup semua  mulut pengkritik.

Kepada LIONS XII ... welcome to Darul Makmur,
Kepada TOK GAJAH  .... show them what they deserve to see...
Kami Penyokong TOK GAJAH akan sentiasa berada di belakang kalian.....SELAMANYA......


1 comments: