9/3/12

Sejarah Jalur Gemilang



Masih lagi kusut dengan isu bendera provokasi, suratkhabar utusan malaysia  hari ni pun dah mula mempolitikkan kes Sang Saka Malaya ni, lebih10 muka surat semua topik bendera, kadang-kadang lucu juga bila pihak akhbar membesar-besarkan topik ni sampai menuduh aksi membawa bendera ni bersifat subversif. Takkan pasal dua orang mamat bawak bendera pun boleh runtuh negara kot, logik la sikit...
Nasib baik tak dituduhnya puak bawa bendera Sang Saka Malaya tu terroris terus.. lagi jelas nampak menipunya...

Nah lah... aku malas nak cerita pasal Sang Saka, semalam pun aku dah terangkan kedudukan bendera merah putih tu panjang lebar.

Hari ni aku nak sambung sikit pasal Jalur Gemilang , memang kalau ikutkan dalam keadaan yang sekontroversial macam mana pun, kita kena adil dan berfikiran rasional. Jangan terikut emosi.
Adil tu bermakna kita mempertimbangkan kedua-dua belah pihak.
Maknanya selain minat mendadak mengkaji pasal bendera merah putih tu, kita kena juga mengkaji pasal Jalur Gemilang. Barulah kita mencapai tahap keseimbangan kosmos, sesuai dengan falsafah Ying dan Yang..




1. Bagaimanakah rupa bendera Malaysia?

Hmm... soalan bonus ni... Rasa aku semua rakyat malaysia berbilang bangsa kat negara ni memang kenal rapat dengan bendera tu. Malah mak bapak datuk nenek mamat2 yang yang kibar bendera Sang Saka tu pun kenal... skip!


2. Siapakah pencipta bendera Jalur Gemilang ?

Pencipta Jalur Gemilang sebenarnya bukanlah agen perisik warga Amerika Sarekat, tapi dia seorang arkitek dari Johor yang bernama Mohamad bin Hamzah. Memang warga tempatan tulen.

Gambar Pencipta Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia


3. Pada tahun berapakah bendera Malaysia ini dicipta ?

Tahun 1949, Maklumlah, masa tu semangat  nak buat negara baru tengah trending, mestilah kena ada bendera sendiri iye tak, takkan sampai sudah nak guna bendera penaung aje. Maka dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.




4. Adakah Bendera Malaysia ini dicipta secara syok sendiri oleh sekumpulan mamat lepak ngeteh yang tiba-tiba dapat idea nak buat bendera baru ikut citarasa sendiri sebab terasa dirinya berkebolehan menggunakan Photoshop?

Salahh tu... satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru telah diadakan pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan...



5. Siapa juri yang menentukan pemenang tertandingan merekacipta bendera ni ?

Rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor...



6. Aikk?? takkan dapat persetujuan raja-raja dengan bangsawan2 British je? Itukan bendera untuk rakyat Malaysia ?


Rilek dulu.... bukan raja-raja dan bangsawan British saje.. Pendapat umum pun diambil kira. Masa pertandingan mencipta bendera tu , tiga rekaan berjaya ke peringkat final . Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada  29 November 1949.



7. Kenapa orang zaman tu pilih bendera Jalur Gemilang ni.. yang lagi 2 rekaan tu tak cantik ke?

tiga rekaan disenarai ke peringkat akhir tu membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang.




8. Mak aihhh... Siap letak keris bersilang, malaypower betul tu... nasib baik orang zaman dulu tak pilih yang itu dibuat bendera.

Tau pun....



9. Sejak bila digelarkan bendera Malaysia tu dengan nama Jalur Gemilang ?

Secara rasminya diisthiharkan pada 31 Ogos 1997..iaitu ulangtahun kemerdekaan ke 40.

Nama Jalur Gemilang diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan
Tamin dalam satu peraduan dan berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.



JALUR  - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan
arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG  - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.  Oleh yang demikian Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.


0 comments:

Post a Comment