Seperti yang kita sedia maklum, Isu paling annoying sehari dua ni pastilah kes berkibarnya bendera sang saka malaya sewaktu sambutan hari kemerdekaan malaysia yang ke-55 baru-baru ni. Dari laman sosial facebook dan twitter, hingga ke blog dan akhbar semuanya mula memperkatakan tentangnya. Sekaligus mengheret masyarakat siber ke kancah polemik baru.
Kononnya, turut diedarkan sekali risalah berkempen supaya tukar bendera jalur gemilang tapi tak dapat dipastikan kesahihannya sebab sahabat rapat kami sendiri pun tak dapat apa-apa risalah semasa berada di tempat kejadian.
Dan sesudah kontroversial mengibarkan bendera sang saka ni, muncullah mamat2 yang memperjuangkan bendera baru tu buat kenyataan di internet bahawa mereka tak mewakili mana-mana parti dan tak berniat tukar bendera jalur gemilang, mereka sekadar nak memperingati bendera Sang saka yang dulunya pernah diperjuangkan untuk dijadikan bendera negara malaysia ini sewaktu sebelum kemerdekaan. Baca di sini.
Tak kisahlah apa pun alasan mereka, kerana tindakan memperlekehkan bendera sendiri ni memang secara praktikalnya bukanlah tindakan yang cerdik. Terutama bila idea tu datangnya dari kelompok kecil yang syok sendiri dan idea mereka itu hanya mewakili suara yg tak sampai pun 1% dari populasi rakyat malaysia.
Dan memang benar, idea mengganti bendera baru ni bukan suara rasmi dari mana2 parti politik di Malaysia. Dan memang benar juga, Sang Saka mempunyai talian sejarah yang sangat rapat dengan sejarah bendera2 di malaysia terutama sewaktu kebangkitan semangat nasionalisme sewaktu menuntut kemerdekaan tanahair
Manakala bendera sang saka malaya yang baru-baru ini sama sekali dalam rekabentuk baru yang kelihatan cuma warna merah putih dengan lambang bintang bulan bendera malaysia yang dikombinasikan. Serius, hasilnya lebih buruk dari Logo 3 minit janji ditepati.
Ini rekabentuk baru.. lain langsung dengan bendera rakyat yang dikibarkan tahun 1947 dulu |
Inilah rupa bendera rakyat yg pernah dikibarkan pada tahun 1947 dulu, 10 tahun sebelum kemerdekaan |
Selain dari itu, aku memang tak nafikan Sang Saka merah putih memang sebenarnya lambang rumpun melayu dan negara-negara nusantara. Lihatlah sendiri bendera negara2 jiran kita.
Bendera Indonesia |
Bendera Singapura |
Malah wilayah melayu di selatan thailand pun turut menggunakan warna merah Putih sebagai bendera perjuangan kemerdekaan mereka |
Bendera kerajaan Majapahit |
Bendera Kerajaan Srivijaya |
Dan seperti yang aku kata kat atas tadi, Sang Saka sememangnya mempunyai talian sejarah yang sangat rapat dengan sejarah bendera2 di malaysia terutama sewaktu kebangkitan semangat nasionalisme sewaktu menuntut kemerdekaan tanahair. Maka tak hairanlah kalau kebanyakkan bendera parti-parti sewaktu zaman awal menceburi politik moden menampakkan bendera mereka yang berwarna merah putih.
Bendera PAS pada asalnya juga berlatarbelakangkan warna merah putih |
bendera Angkatan Pemuda Insaf (API) yg progressif pun menggunakan Merah putih |
Okay, aku bukan patriotik sangat, tapi aku tetap tak menyokong bendera sang saka malaya ni menggantikan Jalur gemilang. Sebab aku yakin, selama ini Jalur Gemilang boleh dianggap berjaya dalam merapatkan hubungan intergriti antara kaum di malaysia. Selain nama MALAYA pada sang saka seperti yang dicanangkan itu sendiri memang tak sesuai untuk negeri2 Borneo seperti Sabah dan Serawak.
Tamat sudah sessi perkenalan kita dengan bendera-bendera Merah putih ni. Memang bagus kita mengetahui sejarah. Dan bendera ini adalah lambang bersatupadunya nenek moyang kita dan bukti mereka telah hidup bertamadun sejak lama. Tapi tidaklah bermakna kita patut menukar bendera Jalur Gemilang sedia ada, itu bagaikan melangkah ke belakang memulakan semula dari angka kosong. Satu perbuatan buang masa dan sia-sia. Kita sendiri adalah sejarah, dan hari ini pun kita sedang menulis sejarah baru bangsa kita. Sejarah Malaysia.
Berbeza dengan nama pejuang-pejuang menentang British yang namanya terpadam, adalah satu penghormatan jika kita dapat mengangkat kembali nama-nama mereka ke dalam buku sejarah. Tapi itu tak bermakna kita mesti buang nama tokoh-tokoh sejarah sedia ada.
Kita mahu menokok tambah apa yg kurang, bukan menokok dan membuang mengikut selera kita.
Kita mahu menokok tambah apa yg kurang, bukan menokok dan membuang mengikut selera kita.
Kita tak mahu generasi sesudah kita jadi makin confuse dan keliru.
PERCAYALAH TUKAR BENDERA PUN TAKKAN MEMBAWA KESAN APA-APA
KALAU MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH JUMUD MACAM BIASA ....
KALAU MENTALITI RAKYAT MALAYSIA MASIH JUMUD MACAM BIASA ....
footnote : sebenarnya banyak lagi kisah menarik di belakang tabir tentang kisah-kisah bendera ni, tapi adalah lebih baik kalian google dan cari sendiri, cara macam tu lebih memberi kepuasan dalam mengumpul maklumat untuk diri sendiri berbanding mengharap maklumat2 yg disuap terus ke dalam mulut.
0 comments:
Post a Comment