8/14/12

AUTOMATED ENFORCEMENT SYSTEM – AES (SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK)



Apa itu AES?

AES ialah suatu sistem penguatkuasaan yang dijalankan secara automatik 24 jam tanpa henti.Kamera akan dipasang di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti (hot spot) dan beroperasi 24 jam tanpa henti.Kamera disambungkan ke pengkalan data JPJ.Apabila sesebuah kenderaan melalui kawasan tersebut, jika melebihi hadlaju yang ditetapkan, maka gambar kenderaan akan diambil dan dihantar ke pusat pemprosesan gambar serta pengkalan data JPJ.Jika disahkan melakukan kesalahan, maka saman akan terus dikeluarkan kepada pemilik kenderaan.




- Penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 -2010.
-Usaha berterusanaktiviti keselamatan Jalanraya (JPJ ,PDRM,JKJR,MIROS,JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering,Enforcement,Education and Enviroment).
-Perlu adapsi sistem penguatkuasaan yang mampan (sustainable)dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan,pemandu atau kekangan penguatkuasaan.
-Pendekatan kepada" system based approach" yang mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia.
-Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalulintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).




 Bagaimana AES berfungsi?

- AES berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana2 kesalahan lalulintas dilakukan dikawasan sering berlaku kemalangan sahaja.
-Perlaksanaan AES meliputi kesalahan :

i)tidak mematuhi lampu isyarat.
ii)memandu melebihi hadlaju

-Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara "real time online ke Pusat Kawalam AES (Control Centre).Maklumat diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik yang terdapat dalam pengkalan data JPJ.
-Saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
-Sistem ini juga secara automatik menghantar maklumat kes ke mahkamah untuk tujuan perbicaraan jika OKS memilih untuk gagal membaya kompaun atau dibicarakan.


 Keseluruhan nilai kontrak Sistem Penguatkuasaan Automatik - AES ialah $103 juta mengambilkira kontrak Jenoptik Robot dgn ATES Sdn Bhd sebanyak $53 juta & kontrak Redflex dgn Beta Tegap bernilai $50 juta.. itu jumlah kontrak pembekal dengan penyedia perkhidmatan... kontrak penyedia perkhidmatan iaitu Beta Tegap & ATES dgn Kerajaan pulak agak2nya berapa??? Di anggarkan Projek AES ini menelan belanja lebih kurang RM800 juta..


 Maklumat yang diperolehi menyebutkan bahawa harga kamera jenama Jenoptik Robot buatan Germany yg digunakan oleh ATES Sdn Bhd untuk AES ialah sekurang-kurangnya EUR 30,000 seunit. Jenoptik Robot menyatakan bahawa mereka mendapat kontrak meny
ediakan sebanyak 550 unit kamera yang keseluruhannya bernilai EUR165,000,00. Nilai EUR1 bersamaan RM3.82. Jadi keseluruhan harga kamera Jenoptik Robot menjangkau RM63,178,520.54. Ini baru nilai kamera, tidak termasuk perisian, perkhidmatan penyeliaan dan khidmat susulan bagi tempoh 5 tahun. Bagaimana Syarikat ATES Sdn Bhd mendapat pulangan??? 

Jawapannya ialah Saman Lalulintas!! 1Saman RM300..


Berapa bilangan kamera yang akan dipasang?
-Jumlah kamera Speeding 566 buah.
-Jumalah kamera Traffic Light 265 buah.
-"Mobile Camera" (30%) 250 unit.Operasi kamera2 mudah alih adalah bg kawasan2 kemalangan yg tiada insfrastruktur( bekalan elektrik, liputan komunikasi sebagainya) utk dipasang kamera statik.

0 comments:

Post a Comment