8/11/12

Android.. Android... Android....

Android.. satu nama sistem operasi yang sangat-sangatlah popular di seluruh dunia. Terkenal kerana cuba membawa kelainan sebagai satu mobile platform yang free/open source. Kiranya senang cakap banyak barang free lah dalam OS Android ni....
Cubaan oleh sekumpulan orang cerdik pandai yang tergugat dengan kehadiran serta kehebatan yang dibawa oleh produk mobile keluaran Apple (yang telah menenggelam 'Titanic' kan OS sedia ada spt Symbian Nokia, Window Mobile Microsoft & Blackberry) bernama Open Handset Alliance(OHA) dianggotai oleh Google(ketua operasi), Samsung Electronics, HTC, Sony, DELL, Motorola, Intell, Qualcomm, Texas Instruments, LG Electronics, T-Mobile, Sprint Nextel, Wind River System dan Nvidia; telah menubuhkan satu OS baru dalam dunia permobile'an iaitu ANDROID pada 16 September 2007. Ia adalah satu free mobile platform serta open source license. Kiranya untuk membangunkan software atau aplikasi(apps) para developer(dev) tidak dicas apa-apa untuk mendapatkan lesen. Justeru para pengguna juga tidak perlu membayar untuk muat turun(download) sebarang apps dari OS Android. Sekiranya terdapat apps yang perlu dibayar hanya sebahagian kecil dan sebahagian lagi hanyalah dalam bentuk donation(derma) kepada developer.
Itu sejarahnya. Apa yang menarik disini ialah nama gelaran rasmi yang diberikan pada setiap versi baru Android yang keluar dipasaran sehingga kini. Mereka secara lucu dan berseloroh (dalam tak sedar dek akal), gunakan nama pencuci mulut(dessert) atau manisan(sweet treats) untuk setiap versi OS yang dikeluarkan. Siap ikut turutan abjad ABC lagi...
1. Android beta (2007)
2. Android 1.0 Astro* (2008)
3. Android 1.1 Bender* (2009)
4. Android 1.5 Cupcake (2009)
5. Android 1.6 Donut (2009)
6. Android 2.0/2.1 Eclair (2009)
7. Android 2.2 Froyo (2010)
8. Android 2.3 Gingerbread (2011)
9. Android 3.0 Honeycomb (2011)
10. Android 4.0 Ice Cream Sandwich (2011)
11. Android 4.1 Jelly Bean (2012)
12. Android Kandy Kane/Key Lime Pie** (comming soon)
*Astro dan Bender tidak pernah diguna pakai secara rasmi sebagai kod nama untuk Android
**Dua nama ini masih belum dapat pengesahan dari pihak Google.
android cupcake

android donut

android eclair

android froyo

android gingerbread

android honeycomb

android ice cream sandwich

android jellybean



0 comments:

Post a Comment