1/10/13

Stobi kampung 3 -2 Kappa kepala kain



Umpama Liverpool dalam peristiwa 'the miracles of Istanbul', pasukan Tok Gajah memulakan kempen Liga Super 2013 dengan sebuah kebangkitan nostalgik daripada ketinggalan 0-2 kepada mendahului 3-2.

Sukar dipercayai ! Skuad Tok Gajah seperti berada dalam situasi tiada harapan langsung sepanjang separuh masa pertama. Sedang pasukan Johor DT mengatur serangan demi serangan ke arah kubu Pahang sehingga 2 kali membuahkan hasil. Namun sangkaan ramai pemerhati yang menyangka keghairahan Johor DT memburu gol akan berterusan di babak ke2 ternyata meleset.

Entah puaka apa yang merasuk skuad Tok Gajah sampai mereka hilang hormat pada pasukan penuh superstar seperti Johor. malah mereka juga tergamak menyerang bertubi-tubi sehingga gawang gol skuad Harimau Selatan itu dirobek-robek dengan kejam sekali. Yang pasti puaka yang merasuk Skuad Tok gajah itu adalah puaka tempatan kerana puaka yang didatangkan khas dari luar negeri telah dibuang keluar padang.

Benarlah kata-kata Robin Hood, "seorang perajurit yg berjuang untuk maruahnya sendiri lebih baik dari 10 askar yang makan gaji"

Masih ingat di awal musim lepas pasukan tok gajah bangkit dibantu oleh gandingan sensasi Alex dan Gopi, yang boleh di gelar gandingan anak lipis & kuantan. tetapi semalam kita akan terus memahat memori kita bersama 2 orang lagi pemain sensasi koji dan surendran yang boleh pula digelar gandingan pekan & Triang. Kesemuanya anak tempatan Pahang. Memang tak kisah kalau yang membantu kebangkitan pahang datang dari negeri lain, malah kita tak menafikan kelibat amirul hadi yang baru dibeli dari selangor menampakkan impak besar ke dalam skuad. Tapi sinar yg dibawa oleh anak negeri akan membuat kejayaan kita bertambah manis, sekaligus menjadi sumber inspirasi.

walaupun begitu, bahagian pertahanan masih lemah terutama di separuh masa pertama. Perkara yg sama turut disuarakan oleh Dollah Salleh yang menganggap 2 gol yang dilepaskan adalah dari gerakan mudah yang tak sepatutnya membocori gawang kita.

Apa pula strategi johor Dt lepas ni, tgh fikir nak beli pemain2 negeri juge ker...  hehehe



Semoga kemenangan manis tersebut akan meningkatkan keyakinan pasukan Tok Gajah menghadapi saingan seterusnya menentang Felda FC.

0 comments:

Post a Comment