12/25/12

Pusat Mesin Slot Semantan Sunyi sepi



Pusat Mesin Slot di Tmn Sri Semantan dan Tmn Bukit Semantan Sunyi sepi ?
Begitulah kira-kiranya situasi terkini. Sejak seminggu lepas, berberapa siri operasi pihak berkuasa termasuk yang melibatkan polis cawangan kuantan telah membuatkan pemilik premis-premis ini berasa tak selamat dan telah menghentikan kegiatan mereka buat sementara waktu.

Desakan penduduk setempat telah membuatkan pemilik-pemilik premis ini dipercayai akan menutup dan memindahkan operasi perjudian mereka kembali ke kawasan bandar mentakab dan temerloh kerana dikatakan lebih 'selamat', begitulah kira-kiranya ulasan seorang taukeh premis judi.

Walau apa-pun, perkembangan dari masa ke semasa akan terus dipantau.

Syabas untuk penduduk Semantan, penduduk kawasan teman lain patut terus bangkit bersuara sehingga semua pengusaha2 judi ini balik semula ke sarang mereka di Genting Highland.

0 comments:

Post a Comment