Tamat sudah cabaran Skuad Tok Gajah dengan kekalahan 0-2 kepada Lions XII, di Stadium Jalan Besar. Namun sebagai pasukan underdog dari liga perdana, tersingkir dengan agregat 3-2 membuktikan Pahang bukan pasukan belasahan malah sangat berpotensi dan berupaya mencabar mana-mana pasukan elit.
Diharap pembangunan berterusan dari pihak pengurusan serta sokongan tanpa henti para pendukung akan membantu pasukan ini mencapai zaman kegemilangan yang kita tunggu-tunggu.
Nostalgia 1983 dan 1992 pasti berulang.
Memang kita terpaksa terima hakikat bahawa terlalu banyak yang perlu pasukan kesayangan kita ini perkemaskan untuk mengungguli bolasepak Malaysia. Saingan bolasepak moden memerlukan lebih dari 11 pemain untuk kekalkan prestasi mereka di padang selama 90 minit. Dan seringkali kita melihat pasukan kita tak memiliki substitutes yang boleh menggantikan tempat pemain-pemain tonggak yang tercedera.
Pertahanan adalah bahagian yang memiliki kelemahan-kelemahan paling ketara. Bolos 16 gol dari 8 perlawanan adalah gambaran yang tak sihat. Mereka bolos hampir dalam kesemua perlawanan di persaingan Piala Malaysia kecuali sewaktu menang 6-0 ke atas serawak. Sesuatu yang membanggakan kita dan memang layak dipuji adalah kesefahaman dan kesungguhan pada jentera serangan. Semoga pemain-pemain serangan sedia ada dikekalkan dan ditambahkan lagi dengan nama-nama baru.
Sesungguhnya, pencapaian kita tahun ini memang layak untuk dibanggakan meskipun tak menjulang piala. Semoga tahun depan kita akan meraih kejuaraan...
Yang penting, semua rakyat Pahang harus selalu rapatkan barisan.... Dirgahayu Darul Makmur.
0 comments:
Post a Comment