"Orang
UMNO masih tidak faham. Yang tidak mahu menerima UMNO sebagai satu2 nya
wadah perjuangan politik Melayu ialah orang Melayu sendiri. Janganlah
merasa hairan. Bukan semua orang Melayu bersetuju dengan UMNO dan bila
mereka tidak dan enggan bersetuju, mereka tetap juga Melayu. UMNO boleh
mendepankan apa hujjah sekali pun, tapi jika orang Melayu enggan
menerima posisi UMNO sebagai suara mutlak orang Melayu, tidak ada apa2
yang UMNO boleh lakukan. UMNO tidak boleh paksa orang Melayu mesti
menyokong nya. Fakta ini nampak nya tidak di fahami oleh pimpinan UMNO.
Tidak menyokong UMNO tidak mengurangkan keMelayuan kita. Tidak
memyokong UMNO tidak bererti membelakangkan Islam. Demikian juga, saya
tidak boleh memaksa orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Yang boleh
saya buat ialah membentangkan penghujjahan saya. Orang Melayu mesti
diberi kebebasan untuk membuat pilihan tanpa diadili secara negative.
Orang Melayu memamfaatkan demokrasi dengan memilih wadah untuk
memperjuangkan kepentingan mereka. Kita jangan menyamakan kepentingan
nasional dengan kepentingan UMNO. Orang Melayu boleh memilih PAS, PKR
atau DAP. Kalau UMNO respons seperti orang gila dengan mengheret cerita
karut seperti penyelinapan masuk komunis dan ekstremis Islam, maka orang
akan membaca ini sebagai usaha yang sangat terdesak dilakukan oleh UMNO
untuk kekal berkuasa.
UMNO bukanlah satu2 nya wadah politik
untuk orang Melayu menjaga dan membela ugama mereka, raja2 Melayu
mereka, ekonomi mereka, bangsa mereka. Selagi rakyat Malaysia
mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2, semua kita akan selamat.
Semua kita dijagai oleh sistem undang2 yang adil dan saksama.
Ini bukan soal marah atau tidak suka pada UMNO. Orang Melayu kian sedar
bahawa UMNO semenjak tahun 1981 memperjuangkan kepentingan segelintir
orang Melayu yang terpilih dan istimewa. Itu sebab kita tidak boleh
menerima lagi istilah Bumiputera. Dalam istilah BumiPutera- yang berada
didepan ialah Putera- kata lambang kepada putera bangsawan, putera
pemimpin UMNO, pemimpin atasan kerajaan. Yang istimewa dan terpilih ini
berada dihadapan mengaut segala sumber kekayaan negara meninggalkan
sisa2 dibelakang untuk dinikmati oleh rakyat biasa yang terbanyak.
Mereka lah yang dahulu sekali merompak dan menyamun harta negara.
Baki yang sedikit, itulah peninggalan yang disyukuri oleh mereka yang
terkenang semasa dahulu dimana kehidupan tidak begitu rumit dan
expectations tidak begitu sukar.
Suatu masa dahulu, kerajaan
rasis Amerika menggunakan psychiatry untuk mengasingkan mereka yang
menentang supremacy kaum kulit putih. Kaum bukan pulih putih disijilkan
sebagai orang gila dan diperintah oleh mahkamah yang dikuasai oleh white
supremacists untuk dikurung dalam institusi orang gila. Dengan cara
demikian, suara penentangan terhdap kezaliman kerajaan rasis
disenyapkan.
Di Malaysia, rasis UMNO pun mengamalkan alienasi
seperti ini. orang Melayu yang menentang UMNO di golongkan sebagai
golongan yang murtad Melayu dan meninggalkan Islam. Atas premis ini UMNO
kemudian nya memutarbelitkan isiu mahu menutup kelemahan yang mereka
lakukan.
Semasa dalam UMNO, keMelayuan saya sebagai contoh,
tidak pernah di pertikaikan. Bilamana, saya yang masih orang yang
serupa, masih Melayu sebaik sahaja bertukar parti politik, maka Melayu
saya di pertikaikan. Kita biarkan UMNO terus sombong dan bongkak
meminggirkan semakin ramai orang Melayu yang menolak UMNO. Penyokong
Melayu yang menyokong PKR dan PAS lebih ramai dari pengundi Melayu yang
menyokong UMNO. Ini yang tidak di fahami oleh UMNO. Jika orang Melayu
sendiri menolak UMNO, dimanakan justifikasi UMNO untuk terus hidup?
Kerana itu, kita kena faham strateji UMNO menggunakan 4R- Race,
religion, Rulers dan Riots. Ras, raja melayu, ugama dan rusuhan. Agenda
nya ialah menakutkan rakyat supaya mempercayai jika UMNO kecundang maka
agama Islam, bangsa Melayu, raja2 Melayu akan musnah dan rusuhan akan
berlaku. Rusuhan akan berlaku jika pihak UMNO tidak menerima kekalahan
dalam PRU yang akan datang. Sebab orang UMNO menyangkakan kuasa yang
mereka ada sekarang bersifat hak milik kekal. Kuasa yang ada bersifat
hak milik sementara lah dol.
Orang Melayu tidak mati
bergelimpangan jika UMNO tiada atau tewas. Orang Melayu tidak mati jika
UMNO hilang kuasa. Orang Melayu bukan kanak2 kecil atau orang tua yang
uzur yang memerlukan penjagaan UMNO. Tidak ada orang Melayu mati bila
UMNO tewas di Kelantan. Tidak ada Melayu mati bila UMNO tewas di Pulau
Pinang atau di Selangor atau di Kedah.
Penjaja Melayu yang
meraung buat bising dan yang dijuarai oleh Reezal Merican yang bergegas
dengan kenderaan Hummer nya ke Komtar adalah penjaja Melayu yang tidak
membayar sewa selama 5 atau 6 tahun. Solusi nya ialah menggantikan
mereka dengan penjaja Melayu yang benar2 mahu berniaga dan faham
tanggung jawab membayar sewa premis perniagaan dan patuh pada syarat2
yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Itu sahaja.
Bandingkan pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang
memborong agihan premis perniagaan bazar Ramadhan dan menyewakan premis
tersebut kepada peniaga2 Melayu dengan sewaan yang tinggi. Kita semua
tahu terdapat pihak berkuasa tempatan yang mengagihkan premis2 bazar
ramadhan kepada pimpinan UMNO yang kemudian nya bertindak sebagai rent
seekers lintah darat menyewakan nya kepada peniaga2 Melayu.
Lihatlah kezaliman kerajaan UMNO dan syarikat kroni mereka yang
menzalimi rakyat Selangor dengan kekurangan air yang dicipta untuk
tujuan politik. Kita tahu gameplan kerajaan UMNO. Ini mesti suatu alasan
untuk panggil tender tertutup untuk membina suatu lagi projek berbilion
Ringgit untuk kroni mereka. Hujan turun dengan lebat, air di Selangor
tidak ada? Jika air yang kurang ialah air yang dirawat, ini membuktikan
si pemonopoli tidak cekap melakukan kerja mereka. Apa yang mereka buat
dengan untung yang banyak? Dan mengapa tidak mengurangkan ketirisan NWR?
Wang dan untung mahu, tapi tanggungjawab membetulkan paip yang bocor
tidak mahu. Syarikat yang incompetent yang mengancam kesejahteraan
rakyat mesti diambil tindakan keras. Ini dengan terang suatu
pengkhianatan dan pengkhianat mesti digantung.
Semua yang
pimpinan UMNO buat hari ini ada muslihat nya. Kos landsan MRT Sunagi
Buloh- Kajang - Jarak nya hanya 150km tapi harga nya ialah USD17B
(RM53B) or USD133M per km. Landasan keretapi Bullet Train sejarak 1318km
dari Beijing - Shanghai (keretapi paling laju didunia pada kelajuan
350km per hour) mempunyai kos USD22B or USD16M per km.
Bayangkan banyak mana wang rakyat dirompak dan dilanun oleh kroni UMNO.
0 comments:
Post a Comment