7/2/12

Celoteh Akia


Izinkan saya untuk sampaikan,
Sekadar celoteh seorang tua,
Tersilap kata harap maafkan,
Puisi bernama Celoteh Aki Ya.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,
Perkataan PERKEMBAR jadi ringkasnya,
Ramai orang tidak tahu,
Perkataan UMNO jadi ringkasnya.
Perkataan UMNO ringkas Englishnya.

Dulu UMNO sayapnya dua,
Pergerakan kaum ibu dan juga pemuda,
PKI ringkasan Pergerakan Kaum Ibu,
Bersamaan dengan Parti Komunis Indonesia.

Untuk elakkan jadi keliru,
Ada pihak yang mencadangkan,
Ditambah 'untuk' selepas pergerakkan,
Pergerakan Untuk Kaum Ibu,
PUKI pula jadi ringkasnya.

Alamak, bunyinya seakan sudah mencarut.
Sengan rasanya saya nak sebut,
Bukan saya nak bikin auta,
orang UMNO yang habaq kat saya.

Menjelang pilihanraya ditubuhkan pula,
Pasukan pemuda tahan lasak,
Pemudinya pula tahan lanyak,
Masing-masing nak tunjuk lagak,
Orang tak sokong dia nak gasak.

UMNO dulu kini dan selama-lamanya,
Dasar dan polisi tetaplah sama,
Kononnya mengaku parti keramat,
Mengamalkan tradisi membelasah rakyat.

Rakyat didahulukenakan,
Keluarga dan kroni diutamakan,
Kurang sambutan di mana-mana
UMNO nampaknya macam nak pengsan,
Bila tiba pilihanraya,
UMNO dan barisan kita talkinkan.

Kalau roboh Kota Melaka,
Papan di Jawa dirikan jangan,
Kalau UMNO sudah tiada,
Airmata dititis jangan.

Takkan Melayu hilang di dunia
Dato' Hang Tuah pernah laungkan,
Bahkan semua bangsa sejahtera,
Jika Islam kita daulatkan.

Allahuakhbar ! Allahuakhbar !










0 comments:

Post a Comment