8/9/12

Seni PertahankanDiri/Tempur Campuran (Mixed Martial Arts,MMA)

Seni mempertahankan diri atau pertempuran adalah suatu yang tidak asing bagi kita. Di Malaysia seni yang paling dikenali dan terkenal adalah Silat. Apabila menuju zaman moden rakyat Malaysia didedahkan dengan pelbagai lagi seni lain seperti Taekwando, Karate, Judo, Aikido juga tidak ketinggalan dari bangsa Cina iaitu Kung-Fu, Wushu & TaiChi serta dari bangsa India seperti Silambam & Kalari Payat. Sukan tempur yang ekstrem seperti Muay Thai(Tomoi), Tinju, Kick Boxing dan tidak ketinggalan Silat Olahraga dari Malaysia sendiri.
Seni PertahankanDiri/Tempur Campuran(MMA) pada awalnya terbentuk apabila golongan pelawan/fighter dari setiap displin seni pertahankan diri bergabung dan berlawan untuk mencari siapa dan displin mana yang terbaik dan ia perlahan-lahan membentuk kepada MMA yang sedia ada sekarang dimana ia adalah suatu acara yang dipertandingkan secara Professional diperingkat antarabangsa. Teknik berlawan yang 'ultimate' dimana pelawan mestilah bersiap sedia untuk menyerang atau diserang dengan pelbagai jenis seni pertahankan diri samada dalam posisi berdiri, baring, kunci mati pihak lawan, tumbukan@tendangan 'knockout', bergelut(grappling), dan pelbagai lagi teknik dan tidak terhad kepada tradisi lama dari hanya satu seni pertahankan diri sahaja. Misalnya jika satu pelawan hanya mahir Muay Thai, beliau perlu juga tahu bagaimana hendak bertindak jika dijatuhkan pihak lawan yang mahir bergusti kerana penggunaan siku dan lutut yang lazimnya digunakan tidak lagi berkesan apabila bahagian tubuh tertentu dikunci seperti leher atau lengan dikilas ke belakang dengan tujuan 'memaksa lawan untuk menyerah kalah'.
Sukan MMA ini sangat popular pada masa kini dan dikatakan mampu dan mungkin dapat melawan populariti sukan yang sedia ada seperti Tinju atau Gusti Professional (seperti WWE & etc). Justeru pelbagai undang-undang atau peraturan telah diperkenalkan supaya sukan ini jadi lebih selamat kepada para pelawan kerana ianya boleh bertukar menjadi terlalu ekstrem dan ganas. Selain itu, beberapa kelas pelawan diperkenalkan secara umumnya seperti, 
Super Heavyweight (tiada had berat)
Heavyweight (265lb)
Lightheavyweight (205lb)
Middleweight (185lb)
Welterweight (170lb)
Lightweight (155lb)
Featherweight (145lb)
Bantamweight (135lb)
Flyweight (125lb)
 Secara umumnya pelawan akan berlawan didalam gelanggang yang berbentuk Oktagon atau segi lapan, dan dikepung dengan pagar bukan dengan tali seperti gelanggang Tinju. Seorang pengadil serta dua pelawan sahaja akan berada didalam gelanggang ketika perlawanan. Kemenangan ditentukan melalui beberapa aspek iaitu; Knockout(KO), Teknikal Knockot(TKO), Submission(pelawan menyerah kalah secara lisan atau menepuk pada pihak lawan{tap}), dihentikan oleh pengadil jika pelawan tidak mampu pertahankan diri dari serangan, jurulatih mencampakkan tuala putih tanda tidak mampu lagi melawan, doktor/paramedik menghentikan perlawanan kerana kecederaan atau luka yang menyebabkan darah keluar terlalu banyak, juga keputusan juri/hakim jika tiada kemenangan mutlak selepas tamat tempoh perlawanan, hilang kelayakan, atau tiada pertandingan(no contest) jika berlaku perlanggaran peraturan oleh mana-mana pihak pelawan.
Tempoh berlawan biasanya 5minit dan terhad kepada 3 pusingan bagi perlawanan biasa dan 5minit dan 5 pusingan untuk perlawanan menentukan kejuaraan (Championship Match). 
Teknik popular yang seringkali digunakan pelawan didalam pertandingan MMA ialah Tinju, Gusti, Muay Thai, Kick Boxing, Brazillian Jiu-Jitsu, Taekwando, Karate, Judo, Sambo dan pelbagai lagi displin seni pertahankan diri. Juga terdapat pelawan yang menggunakan gaya bebas(free style fighting) tanpa terikat dengan mana-mana gerakan displin seni pertahankan diri.
Terdapat pelbagai organisasi atau pertubuhan yang giat mempromosikan MMA samada secara antarabangsa juga tempatan. Antaranya ialah Ultimate Fighting Championship (UFC) di USA malah One Fighting Championship (ONE FC) di Singapura; juga dipertandingkan di negara-negara lain seperti Jepun, UK, Brazil, Canada juga di Afrika Selatan.
Nama-nama pelawan seperti Hoice Grace, Randy 'The Natural' Couture, Shane Carwin, George St Piere(GSP), BJ Penn malah penggusti dari WWE seperti Ken Shemrock dan Brock Lesner pernah menyertai sukan MMA ini.






0 comments:

Post a Comment