8/13/12

Kempen Bantah Seksyen 114A Dan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012

Kempen Bantah Seksyen 114A Dan Hari Internet Blackout 14 Ogos 2012 

 Salam semua, berkuatkuasa hari ini 1 Jun 2012, Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan 1950 yang kini dikenali Akta Keterangan (Pindaan) 2012, akan diguna pakai untuk mendakwa individu yang dianggap bertanggungjawab menyebarkan fitnah atau dakyah yang boleh mengganggu gugat kebajikan atau privasi orang lain. Antara Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

> Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah menerbitkan kandungan itu.

> Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

> Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
BACA LANJUT DI SINI
NOTA : Buat rakan blogger semua, berhati-hatilah dengan penulisan dan komen anda semua selepas ini. Sebelum menulis atau komen, kaji selidik dulu fakta dan bukti sebenarnya. Akta ini akan digunakan pada semua pengguna yang mempunyai identiti di laman sosial termasuk Facebook dan Twitter. Terlalu banyak penyebaran fitnah melalui laman siber kebelakangan ini, menjadikan Akta ini sedikit sebanyak mungkin membantu pihak yang kena fitnah mendapat pembelaan di mahkamah nanti.

Anda semua patut tahu, pindaan kepada Sekysen 114A Akta Keterangan 1950 telah menerima banyak tentangan dari pelbagai sudut masyarakat. Pindaan ini akan meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan prinsip keadilan.

Secara khusus, pengguna laman sosial seperti Facebook, Twitter, blog dan lain-lain akan dipertanggungjawabkan dengan setiap isi kandungan dalam laman-laman mereka, meliputi komen dan artikel itu walau ditulis oleh pihak lain. Keterangan lanjut sila layari LINK.

Pelanggan perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan tersebut dan sekiranya rangkaian wifi rumah anda dicuri, dibawah pindaan ini anda akan dipertanggungjawabkan.


Dan jika ada sesiapa yang mencipta akaun Facebook, Twitter atau emel mengguna nama anda, pindaan ini akan menganggap anda pemilik sebenar akaun tersebut. Oleh itu, kami blogger menggesa kerajaan untuk menarikbalik pindaan 114A Akta Keterangan 1950.

0 comments:

Post a Comment