7/27/12

Yang Mana Satu Pilihan Anda

"Orang UMNO masih tidak faham. Yang tidak mahu menerima UMNO sebagai satu2 nya wadah perjuangan politik Melayu ialah orang Melayu sendiri. Janganlah merasa hairan. Bukan semua orang Melayu bersetuju dengan UMNO dan bila mereka tidak dan enggan bersetuju, mereka tetap juga Melayu. UMNO boleh mendepankan apa hujjah sekali pun, tapi jika orang Melayu enggan menerima posisi UMNO sebagai suara mutlak orang Melayu, tidak ada apa2 yang UMNO boleh lakukan. UMNO tidak boleh paksa orang Melayu mesti menyokong nya. Fakta ini nampak nya tidak di fahami oleh pimpinan UMNO.

Tidak menyokong UMNO tidak mengurangkan keMelayuan kita. Tidak memyokong UMNO tidak bererti membelakangkan Islam. Demikian juga, saya tidak boleh memaksa orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Yang boleh saya buat ialah membentangkan penghujjahan saya. Orang Melayu mesti diberi kebebasan untuk membuat pilihan tanpa diadili secara negative.
Orang Melayu memamfaatkan demokrasi dengan memilih wadah untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Kita jangan menyamakan kepentingan nasional dengan kepentingan UMNO. Orang Melayu boleh memilih PAS, PKR atau DAP. Kalau UMNO respons seperti orang gila dengan mengheret cerita karut seperti penyelinapan masuk komunis dan ekstremis Islam, maka orang akan membaca ini sebagai usaha yang sangat terdesak dilakukan oleh UMNO untuk kekal berkuasa.

UMNO bukanlah satu2 nya wadah politik untuk orang Melayu menjaga dan membela ugama mereka, raja2 Melayu mereka, ekonomi mereka, bangsa mereka. Selagi rakyat Malaysia mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2, semua kita akan selamat. Semua kita dijagai oleh sistem undang2 yang adil dan saksama.

Ini bukan soal marah atau tidak suka pada UMNO. Orang Melayu kian sedar bahawa UMNO semenjak tahun 1981 memperjuangkan kepentingan segelintir orang Melayu yang terpilih dan istimewa. Itu sebab kita tidak boleh menerima lagi istilah Bumiputera. Dalam istilah BumiPutera- yang berada didepan ialah Putera- kata lambang kepada putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, pemimpin atasan kerajaan. Yang istimewa dan terpilih ini berada dihadapan mengaut segala sumber kekayaan negara meninggalkan sisa2 dibelakang untuk dinikmati oleh rakyat biasa yang terbanyak. Mereka lah yang dahulu sekali merompak dan menyamun harta negara.

Baki yang sedikit, itulah peninggalan yang disyukuri oleh mereka yang terkenang semasa dahulu dimana kehidupan tidak begitu rumit dan expectations tidak begitu sukar.

Suatu masa dahulu, kerajaan rasis Amerika menggunakan psychiatry untuk mengasingkan mereka yang menentang supremacy kaum kulit putih. Kaum bukan pulih putih disijilkan sebagai orang gila dan diperintah oleh mahkamah yang dikuasai oleh white supremacists untuk dikurung dalam institusi orang gila. Dengan cara demikian, suara penentangan terhdap kezaliman kerajaan rasis disenyapkan.

Di Malaysia, rasis UMNO pun mengamalkan alienasi seperti ini. orang Melayu yang menentang UMNO di golongkan sebagai golongan yang murtad Melayu dan meninggalkan Islam. Atas premis ini UMNO kemudian nya memutarbelitkan isiu mahu menutup kelemahan yang mereka lakukan.

Semasa dalam UMNO, keMelayuan saya sebagai contoh, tidak pernah di pertikaikan. Bilamana, saya yang masih orang yang serupa, masih Melayu sebaik sahaja bertukar parti politik, maka Melayu saya di pertikaikan.
Kita biarkan UMNO terus sombong dan bongkak meminggirkan semakin ramai orang Melayu yang menolak UMNO. Penyokong Melayu yang menyokong PKR dan PAS lebih ramai dari pengundi Melayu yang menyokong UMNO. Ini yang tidak di fahami oleh UMNO. Jika orang Melayu sendiri menolak UMNO, dimanakan justifikasi UMNO untuk terus hidup?

Kerana itu, kita kena faham strateji UMNO menggunakan 4R- Race, religion, Rulers dan Riots. Ras, raja melayu, ugama dan rusuhan. Agenda nya ialah menakutkan rakyat supaya mempercayai jika UMNO kecundang maka agama Islam, bangsa Melayu, raja2 Melayu akan musnah dan rusuhan akan berlaku. Rusuhan akan berlaku jika pihak UMNO tidak menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang. Sebab orang UMNO menyangkakan kuasa yang mereka ada sekarang bersifat hak milik kekal. Kuasa yang ada bersifat hak milik sementara lah dol.

Orang Melayu tidak mati bergelimpangan jika UMNO tiada atau tewas. Orang Melayu tidak mati jika UMNO hilang kuasa. Orang Melayu bukan kanak2 kecil atau orang tua yang uzur yang memerlukan penjagaan UMNO. Tidak ada orang Melayu mati bila UMNO tewas di Kelantan. Tidak ada Melayu mati bila UMNO tewas di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kedah.

Penjaja Melayu yang meraung buat bising dan yang dijuarai oleh Reezal Merican yang bergegas dengan kenderaan Hummer nya ke Komtar adalah penjaja Melayu yang tidak membayar sewa selama 5 atau 6 tahun. Solusi nya ialah menggantikan mereka dengan penjaja Melayu yang benar2 mahu berniaga dan faham tanggung jawab membayar sewa premis perniagaan dan patuh pada syarat2 yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Itu sahaja.

Bandingkan pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang memborong agihan premis perniagaan bazar Ramadhan dan menyewakan premis tersebut kepada peniaga2 Melayu dengan sewaan yang tinggi. Kita semua tahu terdapat pihak berkuasa tempatan yang mengagihkan premis2 bazar ramadhan kepada pimpinan UMNO yang kemudian nya bertindak sebagai rent seekers lintah darat menyewakan nya kepada peniaga2 Melayu.

Lihatlah kezaliman kerajaan UMNO dan syarikat kroni mereka yang menzalimi rakyat Selangor dengan kekurangan air yang dicipta untuk tujuan politik. Kita tahu gameplan kerajaan UMNO. Ini mesti suatu alasan untuk panggil tender tertutup untuk membina suatu lagi projek berbilion Ringgit untuk kroni mereka. Hujan turun dengan lebat, air di Selangor tidak ada? Jika air yang kurang ialah air yang dirawat, ini membuktikan si pemonopoli tidak cekap melakukan kerja mereka. Apa yang mereka buat dengan untung yang banyak? Dan mengapa tidak mengurangkan ketirisan NWR? Wang dan untung mahu, tapi tanggungjawab membetulkan paip yang bocor tidak mahu. Syarikat yang incompetent yang mengancam kesejahteraan rakyat mesti diambil tindakan keras. Ini dengan terang suatu pengkhianatan dan pengkhianat mesti digantung.

Semua yang pimpinan UMNO buat hari ini ada muslihat nya. Kos landsan MRT Sunagi Buloh- Kajang - Jarak nya hanya 150km tapi harga nya ialah USD17B (RM53B) or USD133M per km. Landasan keretapi Bullet Train sejarak 1318km dari Beijing - Shanghai (keretapi paling laju didunia pada kelajuan 350km per hour) mempunyai kos USD22B or USD16M per km.

Bayangkan banyak mana wang rakyat dirompak dan dilanun oleh kroni UMNO.

0 comments:

Post a Comment