7/30/12

Daging Dihasilkan Dari Najis Manusia

Awas Daging dan Tahi...


Daging Dihasilkan Dari Tahi Manusia: Hasil dari penyelidikan di Jepun telah menemui cara untuk menukar najis manusia menjadi daging untuk dimakan.

Satu pasukan penyelidik dari Jepun yang diketuai oleh Mitsuyuki Ikeda dari Makmal Okayama telah mencipta satu cara untuk mengitar semula najis manusia untuk dijadikan makanan dalam bentuk daging.

Konsep baru tersebut ditemui apabila Ikeda telah diminta untuk melihat pelbagai kegunaan bahan kumbahan. Mitsuyuki Ikeda tidak merasa jijik semasa melakukan tugasan itu, malah beliau merasa teruja apabila mendapati kawasan kumbahan mengandungi banyak protein disebabkan oleh bakteria yang ada di situ.
Walaupun idea tersebut kelihatan sangat teruk dan menjijikkan tetapi ia bukanlah seperti “daging” dicipta dengan mengambil najis dan terus meletakkannya ke atas burger. Proses itu melibatkan mengekstrak protein daripada kumbahan kemudian menggabungkannya dengan “reaction enhancer” dan memasukkannya ke dalam “exploder”.
Selepas itu, daging tersebut akan diletakkan pewarna merah dan rasa diperbaiki dengan protein soya. Produk tersebut dipecahkan seperti berikut: 63% protein, 25% karbohidrat, lipid 3%, dan 9% mineral. Persoalannya, bagaimanakah rasanya? Menurut laporan awal, rasanya seperti daging lembu.
Namun begitu, menurut Mitsuyuki Ikeda, bukan mudah untuk meyakinkan orang ramai untuk memakan daging yang dihasilkannya tersebut. Menurutnya lagi, daging tersebut bukanlah teruk seperti yang disangka dan ia baik untuk kebaikan alam sekitar. Buat masa ini, produk daging yang diperbuat dari tahi manusia tersebut lebih mahal berbanding daging asli kerana kos penyelidikan yang agak tinggi. – Daging Dihasilkan Dari Tahi Manusia

0 comments:

Post a Comment