12/28/12

Rebat Rm200 untuk set konda kondi berteknologi 3G (percuma stiker HELLO KITTY)



Wajah-wajah remaja yang menantikan kehadiran tahun baru tampak ceria dan bersinar, hati mereka  berdebar-debar setiap kali membayangkan rebat rm200 yang diumumkan sewaktu belajawan 2013 tempoh hari. Terpapar di fikiran mereka bentuk smartphone 3G yang pintar dan berteknologi canggih akan mereka raih tidak lama lagi.

Berbulan-bulan lamanya mereka menantikan saat indah tersebut. Segala perancangan rapi sudah dibuat, ada yg bercita-cita mahu bergaya di hadapan kawan2 sambil mengupdate status FB dari henset baru, tak kurang juga yang mahu bermain game angry birds dan cut the rope di atas telefon berteknologi android.

Namun wajah-wajah mereka bertukar muram sebaik sahaja melihat paparan skrin di laman www.skmm.gov.my/.  

Melihat syarat-syarat pembelian telefon berharga rm500 ke bawah benar-benar telah merobek hati mereka.
Ternyatalah telefon-telefon yang ditawarkan bawah subsidi kerajaan itu hanyalah lambakan telefon-telefon pintar ketinggalan zaman yang dah tak pintar lagi masa kini.

Begitulah mereka meratapi kesedihan mereka sambil mebelek-belek senarai telefon HELLO KITTY, 

Rupa-rupanya kampeni yang nak habiskan stok telefon outdated yang buat offer. Kalau nak jual memang takde sape nak beli. Baik kolaborasi dengan gomen jual guna voucher ..hihihihi

Tak apalah teman, kelak kita tunggu najib umum belanjawan lagi. Tertipu dengan bajet licik penyedap hati ni memang lumrah kehidupan kita saban tahun.

Ehh..betul ke tahun depan najib nak umumkan belanjawan lagi???
Kalau itu berlaku...mari kita clap! clap! clap! untuk diri kita sendiri..
kerana kalau najib umum belanjawan sekali lagi itu petanda kita memang bangang abadi


















0 comments:

Post a Comment