1/27/13

Lagi best dari gangnam style

Aku tujukan kepada penduduk Taman Sri Semantan,Temerloh,Pahang



Kuingin Kita Lama Pacaran


Kepada Kpopers jangan nak terasa la sebab aku cakap lagu ni dari best dari gangnam style.




Asyik cerita pasal politik jer.
Naik boring dah aku.
PRU pun dah nak dekat,apa kata kita layan lagu macam ni,bagi hilang sikit keresahan dalam diri sebab Mr Prime Minister and Wife korang tak bagitahu tarikh nak bubar parlimen. 
Aku rasa lagu ni lagi best dari gangnam style tu.
Aku rasa meluat bila dengar gangnam style.

Mr.Ridho merupakan komposer dan penulis lirik asal lagu ni.Masa dia pergi audition untuk program Indonesia Idol,sewaktu itu ahmad dhani merupakan juri untuk program Indonesia Idol tersebut.Ahmad Dhani tertarik dengan lagu tersebut,lalu Ahmad Dhani telah membeli lagu tersebut dengan harga 5juta rupiah.Dan lagu itu telah dimainkan didalam indonesia idol untuk acara sampingan..Neng neng nong neng..neng neng nong neng...........Dan Ahmad Dhani bersama group Triad telah menjadikan lagu tersebut lebih enak di dengar gitu..



1/24/13

Satu Ribu Pemuda temerloh jaya di lempang dengan lesen yang lebih murah


Gambar sekitar kedatangan Khairy Jamaluddin di Taman Temerloh jaya



Temerloh Jaya- Seramai 1ribu penduduk temerloh jaya memenuhi perkarangan kedai atap hijau di hadapan padang temerloh jaya.Khairy Jamaluddin (KJ) dijadualkan sampai pada pukul 3ptg,akan tetapi beliau sampai agak lewat 3.30ptg..(biasa la melayu kan).

    Selain KJ,rafaie,dato' akbar,dato' abdul jimmie juga turut kelihatan untuk memenuhi lapangan.KJ telah memberikan ucapan atau dengan lebih mulia dipanggil pidato..

     KJ juga berkata,bagi dun kuala semantan (N32) akan bertukar-tukar 1999(pembangkang),2004(bn),2008(pembangkang) dan mengikut hukum rimba akan memihak kepada bn semula..

    Didalam pidato beliau mengatakan negara akan bangkrap jika memberikan pendidikan percuma pada rakyat jelata..

      KJ juga berkata najib razak selaku pemimpim kerajaan umno malaysia telah membuktikan(rakyat didahulukan,kroni juga perlu diutamakan) macam macam pada rakyat malaysia,BR1M , KR1M , BL1M , KL1M , HL1M , SR1M(spender rakyat 1 malaysia) dan macam macam lagi la yg satu malaysianya.

video akan menyusul sebulan dua lagi sebab internet kat malaysia ni sangat awesome...satu lagi...korang nilai la sendiri kehadiran penyokong yang nak ambil borang BL1M tu














1/10/13

Stobi kampung 3 -2 Kappa kepala kain



Umpama Liverpool dalam peristiwa 'the miracles of Istanbul', pasukan Tok Gajah memulakan kempen Liga Super 2013 dengan sebuah kebangkitan nostalgik daripada ketinggalan 0-2 kepada mendahului 3-2.

Sukar dipercayai ! Skuad Tok Gajah seperti berada dalam situasi tiada harapan langsung sepanjang separuh masa pertama. Sedang pasukan Johor DT mengatur serangan demi serangan ke arah kubu Pahang sehingga 2 kali membuahkan hasil. Namun sangkaan ramai pemerhati yang menyangka keghairahan Johor DT memburu gol akan berterusan di babak ke2 ternyata meleset.

Entah puaka apa yang merasuk skuad Tok Gajah sampai mereka hilang hormat pada pasukan penuh superstar seperti Johor. malah mereka juga tergamak menyerang bertubi-tubi sehingga gawang gol skuad Harimau Selatan itu dirobek-robek dengan kejam sekali. Yang pasti puaka yang merasuk Skuad Tok gajah itu adalah puaka tempatan kerana puaka yang didatangkan khas dari luar negeri telah dibuang keluar padang.

Benarlah kata-kata Robin Hood, "seorang perajurit yg berjuang untuk maruahnya sendiri lebih baik dari 10 askar yang makan gaji"

Masih ingat di awal musim lepas pasukan tok gajah bangkit dibantu oleh gandingan sensasi Alex dan Gopi, yang boleh di gelar gandingan anak lipis & kuantan. tetapi semalam kita akan terus memahat memori kita bersama 2 orang lagi pemain sensasi koji dan surendran yang boleh pula digelar gandingan pekan & Triang. Kesemuanya anak tempatan Pahang. Memang tak kisah kalau yang membantu kebangkitan pahang datang dari negeri lain, malah kita tak menafikan kelibat amirul hadi yang baru dibeli dari selangor menampakkan impak besar ke dalam skuad. Tapi sinar yg dibawa oleh anak negeri akan membuat kejayaan kita bertambah manis, sekaligus menjadi sumber inspirasi.

walaupun begitu, bahagian pertahanan masih lemah terutama di separuh masa pertama. Perkara yg sama turut disuarakan oleh Dollah Salleh yang menganggap 2 gol yang dilepaskan adalah dari gerakan mudah yang tak sepatutnya membocori gawang kita.

Apa pula strategi johor Dt lepas ni, tgh fikir nak beli pemain2 negeri juge ker...  hehehe



Semoga kemenangan manis tersebut akan meningkatkan keyakinan pasukan Tok Gajah menghadapi saingan seterusnya menentang Felda FC.

Pandangan Mahasiswa Macai Mengenai #KL112













Bijak pandai sungguh mahasiswa dalam video ni...Berapa dapat bro?...Aku "setuju" gila dengan mahasiswa ni...hahahaha...sakit otak aku layan video ni...rasa macam nak tumbuk jer screen depan aku ni bila layan video macai..arghhhh..korang layan la dulu...pastu dislike kat youtube...siap la mahasiswa yang cerdik pandai ni kena troll

Tinggi mana pun belajar kalau dah pemikiran macai..sadis sungguh..macai in progress

Jangan ganggu program orang lain...hantar jer geng patriot #kl112


Apsal lu orang sibuk-sibuk nak buat banner bagai,bazir jer...memang lah tak pakai duit mak bapak aku kalau buat banner tu..tapi time kerajaan buat program ker,buat demo ker takde plak kteorg nak buat banner..haa,kan dah jadi macam chipsmore...




1jam kemudian.........................








Sampai bila


Patut la kedai tayar kat temerloh ni banyak da buka sekarang...kerajaan memang suka tengok rakyat tukar sportrim tiap-tiap tahun,alignment tiap-tiap bulan...terima kasih kerajaan malaysia.