8/8/12

Semua negeri Pakatan Rakyat sepakat menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55


Semua negeri Pakatan Rakyat akan menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55 apabila Kedah memutuskan berbuat demikian hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan itu dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan dimaklumkan kepada beliau hari ini.

"Saya telah menerima panggilan telefon dari Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah memaklumkan keputusan itu hari ini," kata Mustafa.

Menurut Mustafa yang merupakan Pengerusi JK Pemilihan Logo Hari Kemerdekaan ke 55 Pakatan Rakyat, beliau telah berbinacang dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak mengenai perkara ini semalam.

"Alhamdulillah hari ini Kedah sudah membuat keputusan menggunakan logo bersama yang diputuskan Pakatan," kata beliau.

Bagi Mustafa (gambar), keputusan Kedah ini menunjukkan betapa hebatnya demokrasi dalam Pakatan Rakyat.

"Kami jawatankuasa peringkat pusat telah bersetuju menerima Kedah dan Kelantan menggunakan tema dan logo mereka sendiri untuk sambutan Kemerdekaan ini walaupun kita ada logo kita sendiri.

"Ini kerana, mereka telah membuat keputusan awal dari keputusan Pakatan tentang pemilihan logo itu.

"Sekarang, mereka (Kedah dan Kelantan) yang membuat keputusan sendiri untuk menggunakan logo dan tema yang sama," kata Mustafa kepada Harakahdaily.

Semalam Kelantan membuat keputusan untuk menggunakan logo dan tema merdeka yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' walaupun memutuskan tema mereka sendiri sebelum ini iaitu 'Kelantan Menerajui Perubahan'.

Kedah telah membuat keputusan untuk menggunakan tema 'Terus Berbakti' sebelum ini kerana ia diputuskan sebelum Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema tersendiri.

Pakatan memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.

Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.

Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.

Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat esok.

BN Hidup Kerana Ada Bajet Kerajaan Sahaja


BN hari ini sudah hilang ideologi dan kesegaran di dalam perjuangan untuk menarik sokongan rakyat. Mereka hanya mampu hidup kerana masih jadi parti pemerintah. Dengan kapasiti sebagai parti yang memerintah maka mereka menggunakan segala kemudahan kerajaan dan dana setiap kementerian untuk menabur halwa telinga kepada rakyat

Datuk Seri Najib dilihat sebagai tokoh transforamsi yang tidak ada isi. Mungkin pada permulaan orang agak teruja dengan laungan tranformasi.

Tetapi setelah sekian lama beliau bercakap, maka terserlah wajah sebenar Najib sebagai pemimpin yang hanya pandai melaungkan tranformasi sahaja.

Najib telah membelanja hampir RM5.77 bilion untuk enam bulan pertama tahun 2012 untuk beli sokongan supaya rakyat memilih BN dengan berbagai-bagai janji. Ini semua perbelanjaan luar jangka.

Sebanyak RM2.2 bilion untuk bonus kakitangan kerajaan seramai 1.4 juta. Termasuklah juga berbagai pengumuman ‘ Projek “one-off” yang memakan belanja hampir RM3.57 billion. Seperti

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1 Malaysia and Bantuan Buku 1 Malaysia.

Tahun ini sahaja sudah dua kali bajet tambahan yang diluluskan di Parlimen, iaitu pada bulan Mac 2012 RM10,290,243.800 (Lebih RM10.2 bilion) dan RM13.8 bilion pada 14 Jun 2012. Ertinya sudah lebih RM23 bilion bajet tambahan pada tahun ini sahaja.

Peruntukan segera sebanyak RM609j dilulus dalam 11 minggu (Januari-Mac 2012)ketika lawatan PM, TPM ke seluruh negara dengan Perak merekodkan kelulusan tertinggi sebanyak RM220.38 juta untuk 34 projek.

Apakah BN Umno boleh hidup, jika kuasa di peringkat pusat jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?.

Oleh Ustaz Idris Ahmad


8/7/12

Ini Yang Malaysia Dapat Semasa Memerintah

Kenapa Bergini


TOP 10 LAZIEST COUNTRIES IN THE WORLD

10 – Malaysia: 61.4% inactive
9 – United Arab Emirates: 62.5% inactive
8 – Britain: 63.3% inactive
7 – Kuwait: 64.5% inactive
6 – Micronesia: 66.3% inactive
5 – Argentina: 68.3% inactive
4 – Serbia: 68.3% inactive
3 – Saudi Arabia: 68.8% inactive
2 – Swaziland: 69.0% inactive
1 – Malta: 71.9% inactive


Perdana Menteri Malaysia Disaman

"Haram Jadah"
TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu.
Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.
Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.
Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.
Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan ‘haram jadah’ yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan.
“Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya, hari ini.

Link Asal: Sinar Harian

8/5/12

Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan di Final Olimpik 2012


Harapan 28juta rakyat Malaysia untuk mendengar lagu kebangsaan Malaysia berkumandang di Olimpik masih belum terlaksana bila Lee Chong Wei gagal menumpaskan jaguh badminton China, Lin Dan dalam satu perlawanan yang sengit.

Walaupun tuah tidak berpihak kepada kita kali ini, namun kita sentiasa yakin suatu hari nanti bakal ada atlet negara yang mampu meraih kilauan emas dan membanggakan negara tak kiralah dalam acara sukan apa pun.

Tahniah juga diucapkan kepada Dato Lee Chong Wei yang telah memberikan saingan berhabis-habisan untuk meruntuhkan keegoan tembok besar dalam sukan badminton walaupun cita-citanya itu gagal terlaksana.



8/1/12

Pejuang Negara..?

Malaysia Sudah Kehabisan Pejuang..


Sudah Habis kah pejuang-pejuang dimalaysia ni untuk diberi anugerah sampaikan penjajah pula yg diberi anugerah.. Mana letaknya Malaysia ini kalau negra kita mengiktiraf penjajah adalah seorang pejuang..

Apa sudah jadi dengan Malaysia kita ini habis semuanya diberi kepada orang luar yang bukan rakyat Malaysia.. 

Link Asal: Muka Buku