9/2/12

Temerloh : Lambang revolusi bolasepak Pahang


Revolusi adalah kebangkitan, tidak terhad kepada situasi politik semata. Dalam bidang sukan juga ada revolusinya tersendiri. Bahkan kebangkitan secara mendadak skuad Tok Gajah tahun ini adalah satu revolusi yang tidak dapat dinafikan.

Secara beransur-ansur skuad tok gajah yang seakan dilanda zaman kejatuhan bangkit kembali memberi saingan di kancah tertinggi bolasepak tanahair. Dan Temerloh menjadi saksi kebangkitan mereka, dengan rating kedatangan penonton dan sorakan bertali arus, menyaksikan semangat Skuad Tok Gajah kembali pulih.

Memang kita rindukan zaman kegemilangan skuad Pahang sekitar tahun 80an dan awal 90an. Sewaktu kita memiliki barisan bintang-bintang seperti Fandhi Ahmad, Dollah Salleh, Zainal Abidin, Mubin Moktar, Jose Iriate, piyapong piew-on, V. Sundramoorti , Ronachai Sayomcai dan ramai lagi tak terhingga.
Namun imej skuad Tok Gajah semakin tercalar berberapa tahun kebelakangan ini. 2 kali mereka terperosok ke kerak liga. 2009 dan tahun lepas 2011. Sehingga mereka tercampak ke Liga Perdana ( liga divisyen 2) buat pertama kalinya dalam sejarah.

Namun sejak mereka beralih buat sementara ke Stadium Temerloh bagi memberi laluan kepada Stadium Darul Makmur untuk penganjuran SUKMA, segalanya bertukar sensasi. Atmosfera bolasepak Pahang berubah gilang gemilang.
sama ada penonton dari sekitar bandar Temerloh, mahupun yang bersemangat datang dari Jengka, Jerantut, Kuantan , Kuala Lumpur etc telah sama-sama memberi sokongan padu setiap kali Skuad Tok Gajah beraksi.
Akhirnya Pasukan Tok Gajah menamatkan perlumbaan mengejar piala liga perdana di tempat kedua, bersaing sengit dengan pasukan ATM yang dipenuhi lambakan bintang2 bolasepak Malaysia. Satu kedudukan yang sangat membanggakan sekali.



Benar kita bukan mahu mengatakan tuah dan nasib Tok Gajah datangnya dari renjisan magis Stadium Temerloh. Semua ini berpunca dari banyak pihak. Promosi, penganjuran, semangat kenegerian , kesetiaan ultras Pahang (elephant army) yang tak pernah luntur memberi semangat sewaktu jatuh dan bangkitnya pasukan, dan yang paling utama sekali adalah prestasi dan keinginan tinggi para pemain Pahang itu sendiri yang sentiasa bermain mati-matian mengejar kemenangan.

Kisah kebangkitan Skuad Tok Gajah ternyata belum berakhir setakat di persaingan liga, kebangkitan itu sedang bersambung ke perebutan piala yang menjadi pujaan hati setiap pasukan di negara ini, iaitu Piala Malaysia. Keriuhan dan kegamatan sorak sorai penonton kini sudah berjangkit di Stadium Darul Makmur, dan Pahang bagaikan gajah yang mengamuk mendambakan kemenangan demi kemenangan.

Sudah lama kita tak merangkul Piala Malaysia, kali terakhir tahun 1992. Tapi para penyokong diharap terus berada di belakang pasukan Tok Gajah walau apa pun keputusannya. Pastikan pasukan gajah takkan rebah lagi.

Ayuh, Ayuh...
Ayuh Tok Gajahku....
Hari ini kita pasti menang ..... hoooo !!!





P/s : Kitorang bukan admin page FB tok gajah forever tu, saje pinjam gambor dia sebab lawo

2 comments:

  1. Nice article.... Kalau pahang bley terus main di std temerloh lg bgus lebih dekat peminat2 sekitar utk dtg sbnr nya... Pape pun...

    HOGOH PAHANG HOGOH!!!!

    ReplyDelete
  2. stadium temerloh infrastruktur tak cukup, biarlah ke stadium darul makmur

    Tapi takpe, sejarah dah terpahat...stadium temerloh memang ada aura luar biasa

    ReplyDelete