7/14/12

Pertandingan Pesta Lagu Jalanan 2012, Laman MBPJ (Dewan Sivik) ,Petaling Jaya ( 14 Julai 2012)



15 Julai 2012 Petaling Jaya : Buat julung julung kalinya, malam tadi satu Pertandingan Pesta Lagu Jalanan 2012 anjuran bersama Pusat Khidmat Dun Bukit Gasing, Dun Kg.Tunku dan Dun Kinrara telah diadakan pada 14 Julai 2012, 8.15 malam, bertempat di Laman MBPJ (Dewan Sivik), Petaling Jaya. Sebanyak 12 lagu telah layak ke final iaitu :


1.Soul Savior - Sifar Rasisma
2. Ropel - Politiklisme
3. Dum Dum Tak - Hantu
4. Monalyssa - Gempur
5. Luqman Hakim - P.K.R
6. Libanglibu - Lembu Rakus
7.Libanglibu - Bersih 3.0
8. O.R.T -  Inikah Demokrasi
9. O.R.T -  Ayuh 
10. Blue Boys - Rasukan Rasuah 
11. Blue Boys - Genggam 
12. Abdul Wafi - Diam-Diam

Dalam pertandingan itu, band dari TEMERLOH iaitu SOUL SAVIOR  dengan lagu Sifar Rasisma” telah berjaya memenangi tempat pertama/juara sekaligus lagu “Sifar Rasisma” itu menjadi lagu rasmi untuk setiap perhimpunan yang bakal diadakan selepas ini.Syabas diucapkan kepada anak anak muda dari Temerloh ini dan juga kepada semua peserta peserta.







                                         Barisan para juri






                                    Juara Pesta Lagu Jalanan




SIFAR RASISMA

pernahkah kau bayangkan
hidup tanpa perkauman
bangsa kita adalah umat manusia

pernahkah kau bayangkan
kulit hanyalah pakaian
variasi tak perlu diskriminasi

betapa bodohnya dunia
xenofobia luar sedar
tanah yang kau pijak bukan berhala
tak perlu kau bangga

dan semboyan patriotisma
hanyalah sekadar propaganda
opportunis merebut kuasa

pernahkah kau bayangkan
tanpa pagar dan sempadan
bebaslah manusia di bumi bertebaran

pernahkah kau bayangkan
tentang kesamarataan
betapa indah dunia sifar rasisma

betapa bodohnya dunia
persengketaan hanya kerana
berbeza biologi, kultur, etnik dan agama

tolak ultra-nasionalisma
punca mabuk megalomania
keldai mimpi jadi zebra

bebaskan mentaliti
dari indoktrinasi
tak perlu lagi etnik chauvinis

dunia ciptaan tuhan
tanpa garis sempadan
migrasi dan berasimilasi

LAGU / LIRIK : SOUL SAVIOR

1 comments: